Friday, September 04, 2020

2 Artis Tempatan Sabah Akan Tanding PRN Sabah, 26 September Ini.

 Jimmy Palikat 'Anak Kampung' mahu jadi calon bebas PRN Sabah | Free  Malaysia Today Penyanyi 'Anak Kampung', Jimmy Palikat

HALAMAN HIBURAN

Artis tempatan Sabah intai peluang jadi wakil rakyat

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya dua artis tempatan Sabah bakal menguji populariti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini.

Seorang pernah popular di seluruh negara dengan lagu berirama Kadazandusun, 'Anak Kampung', manakala seorang lagi popular dengan lagu rancak 'Macam di KK'.

Penyanyi Anak Kampung, Jimmy Palikat, memilih bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan, manakala penyanyi Macam Di KK, Janrywine J Lusin, difahamkan akan dicalonkan Parti Liberal Demokratik (LDP) di Kawang.

Malaysian Hollywood 2.0: Macam di KK, Janyrwine J Lusin mencetus fenomena  baru muzik Sabah dan Malaysia  Macam Di KK, Janrywine J Lusin,

Ketika dihubungi, Jimmy, 42, menyatakan hasrat mahu beralih bidang sebagai ahli politik untuk menyumbang sesuatu yang lebih besar kepada masyarakat, khususnya di Tambunan.

"Saya mahu menawarkan diri selaku orang muda untuk membangunkan Tambunan ke tahap yang lebih baik kerana apa yang ada di Tambunan ketika ini tidak banyak beza 10 tahun atau 20 tahun lalu.

"Pemimpin sebelum ini mungkin sangat sibuk kerana memegang jawatan menteri, malah pernah menjadi Ketua Menteri selain turut menjadi Ahli Parlimen dan timbalan menteri persekutuan sehingga tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada Tambunan," katanya.

Kerusi Tambunan disandang Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan selepas 'merampas' kerusi itu daripada abangnya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS-BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Janrywine membuat keputusan menerima tawaran LDP untuk menjadi calon sebagai landasan untuk memperjuang nasib golongan artis tempatan Sabah.

Katanya, artis atau anak seni di Sabah berdepan pelbagai kekangan serta cabaran meneruskan kehidupan menerusi bidang seni, terutama dalam situasi pandemik COVID-19 sekarang.

Janrywine, 42, yang juga Presiden Pertubuhan Orang Seni Tempatan Sabah (POST'S), berkata idea membela nasib artis Sabah menerusi perjuangan politik timbul selepas mengalami kesukaran berjuang sendiri dalam industri hiburan.

"Saya mahu menjadi suara kepada golongan artis di DUN untuk membela nasib mereka dan saya akan mencadangkan satu kementerian khusus diwujudkan untuk bidang seni jika menang dalam PRN nanti.

"Selama ini, golongan artis seperti saya tidak dipedulikan, malah kami dikekang dengan pelbagai kerenah birokrasi apabila memohon lesen yang berkaitan dengan aktiviti hiburan," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak akan melupakan tanggungjawab membela nasib rakyat di Kawang jika diberi peluang menjadi wakil mereka di DUN. 

Hibur Hibur Sikit,  Sila dengar lagu-lagu ini..

Anak Kampung - Jimmy Palikat (HQ Audio With Lirik)



Macam Di KK - MCM D KK (PROMO ORIGINAL) - Janrywine J Lusin


1 comment:

Anonymous said...

Polis tidak menerima sebarang laporan yang mendakwa pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim Sabtu lepas disogok dengan wang sebagaimana dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata sekiranya menerima laporan, pihaknya akan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat siasatan.

ATOK DAH ADA MASALAH KESIHATAN WARAS. POLITIK ATOK POLITIK PURA2. ATOK MACAM SUCI TAPI BANYAK KEJAHATAN POLITIK, ATOK YG PELOPORNYA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails