Thursday, September 24, 2020

Arab Saudi Sokong AS Satukan Israel-Palestin..

 

Arab Saudi Sokong Usaha AS Mempertemukan Israel dan Palestin

Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz mengatakan negaranya menyokong usaha pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk menyatukan Israel dan Palestin dan mewujudkan keamanan di Timur Tengah.

Dalam ucapannya pada hari kedua Mesyuarat Perhimpunan Agung ke-75 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui mesej video, Raja Salman bin Abdulaziz menekankan pentingnya memastikan perdamaian di Timur Tengah.

"Kami menyokong usaha Amerika Syarikat untuk membawa Palestin dan Israel ke meja rundingan dan mencapai perdamaian di Timur Tengah dengan perjanjian yang adil dan komprehensif." Kata Raja Salman yang juga menyatakan bahawa mereka mengutuk campur tangan asing dalam krisis di Libya.

Raja Salman, menganggap Hizbullah bertanggung jawab atas apa yang berlaku di Lubnan, yang menghadapi bencana kemanusiaan dengan letupan di Pelabuhan Beirut pada 4 Ogos, 
"Demi keselamatan dan kestabilan Lubnan, organisasi pengganas Hizbullah mesti dilucuti senjata," katanya. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Boleh, 'menyokong usaha pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk menyatukan Israel dan Palestin dan mewujudkan keamanan di Timur Tengah'. 

Tapi, dengan syarat, hak-hak rakyat Palestin yang dirampas perlu diserahkan kembali. Contohnya, tanah dan bumi Palestin. Israel asalnya tidak ada tanah, merempat bangsat di negara-negara orang, tidak ada negara sendiri. 

Akhirnya dengan bantuan antarabangsa, Yahudi Israel dan kuncu-kuncnya merampas tanah Palestin, terus melebarkan dengan secara paksa. Maka jadilah keluasannya seperti yang ada sekarang. Dan mereka terus melebarkannya sehingga dapat menguasai dunia, kononnya

Tapi bagi umat Islam, kita yakin Islam pasti menang akhirnya. Lihatlah bukti-bukti sejarah, kisahnya di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Nabi Muhammad SAW seperti yang termaktub. Sekian.

Hibur Hibur Sikit

No comments:

Post a Comment