Friday, September 11, 2020

Arak Dan PM M'sia..

 Padah minum arak berkumpulan | Harian Metro Arak, kencing syaitan. Bagaimana hukum menyukai dan berkawan dengan orang minum arak?

Tanggungjawab halang umat Islam dekati arak

SEMASA menyampaikan ucapannya dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional baru-baru ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengulas secara bersahaja salah satu industri maksiat yang masih dilarang beroperasi sepanjang tempoh PKPP ini iaitu perniagaan kelab-kelab malam dan pub

Kata beliau: 

“Yang tak buka hanyalah kelab-kelab malam, pub, itu menurut saya kalau tak buka selama-lamanya pun tak apa (gurau). Kerana (di tempat itu) susah nak mengamalkan penjarakan sosial” 

Sejak mensyaratkan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas rakyat Malaysia enam bulan lalu, pelbagai aktiviti perniagaan dan industri dikenakan pelbagai larangan dan kawalan demi membendung wabak COVID-19 yang sedang menular. 

Kini setelah pelbagai peringkat PPK diperkenalkan hampir semua perniagaan dan industri yang sebelum ini dilarang beroperasi telah kembali menjalankan operasi masing-masing dengan mengamalkan normal baru kecuali kelab-kelab malam dan pub

Kelab-kelab malam dan pub adalah premis perniagaan di mana pengunjungnya boleh menikmati minuman keras selain berhibur. Ianya jenis perniagaan yang dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan selain perlu memperolehi lesen menyimpan dan menjual minuman keras dari agensi-agensi tertentu.

Cuma di negeri-negeri yang diperintah oleh PAS khasnya Kelantan dan Terengganu sahaja premis-premis perniagaan seumpama ini sama ada dilarang atau dikenakan syarat yang ketat. Berkebetulan Perdana Menteri (PM) menyentuh perniagaan ini dan ia kini hangat diperbahaskan di pelbagai peringkat khasnya di media sosial.

Boleh dikatakan rata-rata umat Islam dalam negara menyokong kenyataan PM itu walaupun dengan lenggok bersahaja manakala sesetengah pihak yang lain termasuklah para pengusahanya menyelar dan mengkritik.

Mungkin sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan yang ada pada hari ini yang didukung oleh parti-parti Melayu Islam terbesar dalam negara menyemak semua status perniagaan seumpama ini dan membuat kajian serta memperkenalkan kawalan-kawalan baru demi memelihara kebajikan dan kepentingan semua pihak.

Arak dan sebarang minuman serta bahan yang memabukkan diharamkan oleh Islam dan hampir keseluruhan agama lain kerana kesan buruknya ke atas masyarakat apabila peminum tadi mabuk sehingga boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman pihak lain. Memandu secara mabuk umpamanya baru sahaja dicadangkan pindaan undang-undangnya agar hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas mereka ini.

Namun demikian ada agama dan kepercayaan yang tidak melarang malah bagi sesetengah budaya masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia ianya terus dibenar dan diamalkan. Kerana itu mereka menganggap sebarang larangan sesungguhnya menafikan hak dan kebebasan mereka.

Kerana itu Kerajaan Negeri Kelantan contohnya tidak melarang masyarakat bukan-Islam dari membeli atau meminum minuman jenis ini namun dengan beberapa syarat. Restoran-restoran yang menjual makanan tidak halal umpamanya terus dibenarkan menjual minuman jenis ini.

Demi memberikan keadilan buat semua adalah disyorkan agar arak dan premis yang menjualnya seperti kelab-kelab malam dan pub ini terus diizinkan oleh kerajaan di pelbagai peringkat. Namun syarat yang ketat perlu diperkenalkan dengan berani.

Dalam suasana normal baru ini kelab-kelab malam dan pub yang mampu melaksanakan SOP PKPP ini bolehlah diizinkan beroperasi akan tetapi dengan pemantauan yang ketat. Hampir keseluruhan negeri-negeri di Malaysia, terdapat Enakmen Jenayah Syariah yang bukan hanya melarang umat Islam meminum minuman memabukkan ini malah melarang umat Islam dari terlibat dalam pembuatan, penjualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan.

Justeru melalui politik baru yang mahu dibawa oleh kerajaan yang ada hari ini, selain memberi kebebasan kepada masyarakat bukan-Islam untuk berhibur dan meminum minuman jenis ini dengan syarat-syarat tertentu, lebih penting lagi kerajaan juga perlu menitikberatkan nasib dan kebajikan umat Islam yang merupakan majoriti penduduk dalam negara.

Umat Islam tidak boleh terlibat dalam aktiviti berkenaan arak ini lantas kerajaan perlu menyekat dan melarangnya termasuklah menganggap sebagai satu kesalahan besar bagi umat Islam yang menjual atau terlibat apa cara sekalipun dalam apa sahaja jenis aktiviti yang berkaitan dengannya.

Moga kerajaan boleh memikirkan langkah-langkah bagaimana umat Islam tidak lagi terlibat dalam industri ini sama ada sebagai pemilik premis, pemegang lesen, pekerja, jurujual dan model iklan dan seumpamanya.

Muhyiddin dalam ucapannya juga menyebut:

“Dari mula saya menjawat jawatan Perdana Menteri, saya bertawakal kepada Allah. Bagi saya, kedudukan saya tidaklah penting, tetapi bagaimana saya menjalankan amanah kepimpinan itu lah yang paling utama. Amanah kepimpinan ini adalah satu ujian buat saya dan saya mesti melakukan perkara yang betul. Saya tidak boleh sekali-kali berkompromi pada hal prinsip.”

Oleh itu dengan kesungguhan PM dan Kabinetnya mahu menjadi pemimpin yang baik di samping menyerah diri kepada Allah S.W.T maka tepat sangatlah kiranya langkah-langkah proaktif yang segera diambil agar anak-anak Melayu dan umat Islam tidak lagi terbabit dalam industri yang mengundang murka Allah S.W.T ini.

Kita bukan minta arak diharamkan kerana sedar masyarakat bukan-Islam mungkin punya keperluan padanya, tetapi arak jelas diharamkan buat umat Islam, maka kerajaan ini bertanggungjawab memastikan larangan Allah S.W.T ini dipatuhi dan dijunjung.

Bagi masyarakat bukan-Islam kita berkompromi kerana ia dibenarkan agama dan budaya mereka namun kita terus mendidik mereka akan mudharatnya tetapi bagi umat Islam, kerajaan bertanggungjawab menyekatnya tanpa kompromi.

Muhyiddin turut menyatakan dalam ucapannya:

“Sebagai seorang Muslim saya berpegang teguh kepada Hadis Rasulullah S.A.W – setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas orang-orang yang dipimpinnya.”

Biar Muhyiddin dan anggota Kabinet kerajaan ini kelak bangkit di hadapan Allah S.W.T dengan penuh yakin mengakui bahawa kuasa yang Allah pinjamkan kepada mereka dahulu di dunia telah dipergunakan sebaiknya dalam kerja-kerja amar makruf dan nahi mungkar.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 11/9/2020

Hibur Hibur Sikit

15 comments:

  1. Skg masa terbaik PM dan geng Islam nak haramkan arak....bentangkan di Parlimen. Sekadar berucap tanpa usaha tak lengkap...mudah2an Allah swt kabulkan!

    ReplyDelete
  2. Demi memberikan keadilan buat semua adalah disyorkan agar arak dan premis yang menjualnya seperti kelab-kelab malam dan pub ini terus diizinkan oleh kerajaan di pelbagai peringkat. Namun syarat yang ketat perlu diperkenalkan dengan berani.

    Dalam suasana normal baru ini kelab-kelab malam dan pub yang mampu melaksanakan SOP PKPP ini bolehlah diizinkan beroperasi akan tetapi dengan pemantauan yang ketat.

    Terbaik roslan shahir. Sebagai parti yg terikat dgn MN yg terdiri dari mca dan mic kita jangan terlalu jumud. Inilah yg dibuat selama umno memerintah memberi keadilan kepada semua bangsa dan sekarang diakui oleh parti pas dan lain.

    -LaskarSiber06-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syor saje. Tindakan xde.
      Hudud senyap.
      Ruu355 senyap.
      Kes arwah Adib senyap.
      Tutup kedai judi senyap.
      Tutup kilang arak senyap.


      Last skali, suma yg di atas tu salah Dap.

      Delete
    2. Hahahaha. Lu mmg sempoi la bro. Wa setuju 100%.depa ni sembang laju mcm motobot boleh la.

      Delete
  3. So bila Pas dan Mudin nak tutup kilang arak? Sapa yg pgg kuasa skrg?
    Ke salah Dap lg?

    -RBA- ROSMAH BUAT ARMY

    ReplyDelete
  4. Ha ha ha 22 bulan perintah menipu saja.. Inilah akibatnya, ikut group Jilat juboq tak basuh, habis keturunan keluarga jadi jauh dari agama, jadi rosak. Kini terpaksa kuncu-kuncunya meroyan. Dan teruskan meroyan, hina ulama. Terus ulang-ulang tuduhan basi, idea baru dari tokey kulupnya dah habis, tak laku lagi.

    Memang puak-puak munafik atau anti Islam ada sepanjang zaman.. Ya, kita tahu, masih ada puak anjing kurap jilat juboq gian end meneruskan hasut ganggu.. Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian end.

    Kesian, masih jadi barua DAP lagi. Kesian. masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian end, barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot. Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, A/Rahman Talib an, budak kampung dan babi-babi buta tu..

    Bertaubatlah.. tak besar mana umpan mata kail dedak itu. Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin muflis segala.. padanlah jadi barua.. DAP macam cicak penyet, kering, kepala terapit pintu, terkepit. Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat, peluluq juboq tak basuh si kulup gian end. hi hi hi . Tak malu muka tembok pungkok babi..

    Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end.. Mereka bangga disebut macam tu.
    huuuuu. manusia berjiwa hamba manusia..
    Hai manusia....... kembalilah kepada Tuhanmu.... Tuhan Maha Penerima taubat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Very good. Jangan kutuk najib dan rosmah sudah. Najib tunjang dan pencetus dalam muafakat nasional antara umno dan pas sblm pru14. Kita MN wajib serang rba dap dalam ni.

      Insyaallah slps pru15 najib bakal pm semula. Terima kasih atas sokongan ahli pas turut serta dalam laskarsiber dibawah naungan dato lokman adam. Punahkan rba! Hidup MN!

      Delete
  5. Najib jd PM? Hahaha. Mana hang dapat koroi? Malu apa banduanku. Hahahaha

    ReplyDelete
  6. Kenangan pahit. Pesta arak, pesta tattoo, hina sultan, hina tulisan jawi, kes langgar mabok, ltte, icerd, uec, harga minyak tak serupa janji, rasuah, salah guna kuasa, makanan berbabi, cemar sungai.

    Teruskan prestasi baik, tinggalkan yg hancing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebai Q7 langgar Sop kuarantin pn kenangan pahit. Segala mcm dalil keluar smpikan burung hud hud pun dipanggil mengadap lobai2 mangkuk!

      Delete
  7. Tahniah PN. Jika ph dah lepas sebab semangkok dengan dap.

    ReplyDelete
  8. Jom ramai2 sokong dap, dijamin ke syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni baru betul Parti Ajaran Sesat! Tu yg berani blh jamin syurga.

      Delete
  9. Mudharat lobai lebih besar dari mudharat dap. Lobai sekadar langgar sop banding arak, mabok, avangalist, liberal, homo, lesbi,rasuah ltte, tattoo. Budak tahun satu pun pening dengan khadam dap.

    ReplyDelete