Bangkok: Seorang wakil rakyat Thailand mencetus kontroversi memalukan apabila didapati melihat gambar lucah di telefonnya ketika sidang parlimen berlangsung.
Portal Bangkok Post melaporkan, Ronnathep Anuwat sepatutnya memberi perhatian kepada pembentangan bajet pada Khamis lalu, namun dia dikesan melayari laman web lucah di telefonnya hampir 10 minit.
Kejadian itu mengejutkan sekumpulan wartawan di galeri awam parlimen negara itu yang jelas dapat melihat tindakan tidak bermoral Ronnathep sehingga sanggup menanggalkan pelitup muka dipakainya.
Ronnathep didapati melihat gambar menunjukkan seorang wanita muda berbogel sementara seorang lagi berbaring di katil dalam keadaan tidak berbaju, selain satu lagi gambar kelihatan seorang wanita menunjukkan kemaluannya.
Tindakan memalukan itu diakui wakil rakyat dari wilayah Chonburi itu yang mengaku melihat gambar itu.
Bagaimanapun dia memberi alasan pelik apabila mendakwa menerima mesej di aplikasi Line daripada seorang gadis yang 'meminta pertolongan' dan 'menginginkan wang'.
Ronnathep memberitahu media tempatan dia melihat gambar itu terperinci untuk memeriksa latar belakang bagi mengetahui adakah gadis itu dalam bahaya.
Dia mengatakan ingin 'memerhatikan keadaan persekitaran gadis itu dalam gambar'.
Pemerhatian itu diperlukan kerana dia takut diganggu samseng yang memaksanya mengambil gambar.
Dakwanya, dia akhirnya menyedari gadis itu 'meminta wang' sebelum memadamkan semua kandungan perbualan mereka.
Pegawai kerajaan kemudian memanggil Ronnathep untuk mendapatkan penjelasan.
Namun, mereka memutuskan bahawa tidak akan ada tindakan lebih lanjut terhadapnya.
Ronnathep tidak akan dikenakan sebarang tindakan atas kelakuan itu kerana Speaker Dewan Chuan Leekpai mengatakan perkara itu 'peribadi'.
Chuan memutuskan buat pada masa ini tidak ada peraturan mengenai apa yang dapat dilihat oleh anggota parlimen di telefon mereka ketika sidang berlangsung.
Beliau adalah ahli parlimen Thailand kedua terperangkap melayari laman web lucah ketika persidangan dewan berlangsung.
No comments:
Post a Comment