Tuesday, September 15, 2020

'Charlie's Angles' kawal ancaman monyet liar


Tokyo: Lincah seperti tiga watak penyiasat terkenal dalam filem Charlie's Angles.

Ia dapat menggambarkan tiga wanita warga emas di daerah Miyama, Fukui, Jepun yang menjadi pengawal sukarela demi melindungi kampung mereka daripada ancaman monyet liar.

New York Post melaporkan, tiga wanita berkenaan, Masako Ishimura, 74, Tatsuko Koshita, 68 dan Miyuki Li, 67, adalah petani dan menamakan kumpulan mereka sebagai Monkey Buster.

Pada siang hari, mereka yang juga pesara menjalani rutin harian seperti memasak dan mengemas rumah.

Namun, mereka sentiasa bersiap sedia meninggalkan tugas di rumah setiap kali mendengar bunyi penggera.

Ia demi mempertahankan kampung daripada serangan monyet liar.

Setiap kali turun ke lapangan, ketiga-tiganya membawa senapang di samping memakai baju petani dan mengenakan topi.

Difahamkan, ketiga-tiga wanita itu pernah mengikuti kursus membanteras ancaman monyet dianjurkan kerajaan pada Mac lalu. Agensi


Hibur Hibur Sikit

2 comments:

Anonymous said...

Jika monyet liar mengancam kampung, RBA ternakan Dajjal Action Party pula sibuk menyebarkan fitnah dalam blog, FB, WhatsApp dll.

Elon sebab itu adalah lebih baik menempatkan monyet dan RBA dalam zoo sahaja supaya mereka tidak mengancam orang ramai.

Anonymous said...

Pembetulan Komen 10:59


Oleh sebab itu adalah lebih baik menempatkan monyet liar dan RBA dalam zoo sahaja supaya mereka tidak mengancam orang ramai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails