Thursday, September 03, 2020

China: Kelahiran etnik Uyghur disekat, Menurun 60%&....

 

China paksa wanita Uyghur buang rahim, gugur kandungan

ISTANBUL, 15 Muharram 1442H, Khamis – Kelahiran etnik Uyghur di China telah disekat dan dihadkan, dedah seorang doktor.

Doktor pakar sakit puan yang juga berasal dalam kalangan etnik Uyghur itu berkata, sepanjang berkhidmat dengan rejim China, beliau diarahkan untuk mengekang pertumbuhan penduduk etnik minoriti itu.

Memetik ITV News, doktor yang enggan namanya disiarkan berkata, sekurang-kurangnya 500 hingga 600 wanita Uyghur dipaksa untuk membuang rahim dan menggugurkan janin. Lebih teruk, terdapat bayi masih bergerak ketika dibuang ke tempat pembuangan sampah.

Doktor yang kini bekerja di salon kecantikan di Istanbul itu kesal atas perbuatannya berkomplot dengan rejim China, selain berusaha memperbaiki kesilapan masa lampau.

Turki adalah tempat tinggal sekitar 50,000 etnik Uyghur yang melarikan diri dari China. Dokumen rasmi China memperincikan anggaran bagi kawalan kelahiran dan pensterilan.

Kadar kelahiran di beberapa kawasan diduduki etnik Uyghur menurun sebanyak 60 peratus, manakala di seluruh China kejatuhannya lebih daripada empat peratus. – Agensi

Hibur Hibur Sikit

3 comments:

Anonymous said...

Kerajaan PH roboh rumah kaum Melayu ?
http://www.malakattribunenews.com/2020/09/penduduk-kecewa-rumah-di-subang-perantau-dirobohkan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=penduduk-kecewa-rumah-di-subang-perantau-dirobohkan

Anonymous said...

Mula2 cina layan baik bangsa uighur. Setelah memenangi hati bangsa uighur, step kedua ialah penindasan terhadap bangsa uighur seperti yg berlaku sekarang. Sama macam eng guan memenangi hati melayu dengan baca kisah umar abd aziz. Orang melayu percaya. Step berikut laksana bumi hangus. Yg masih kekal dengan eng guan hanya bang non dan mike sabun.

Anonymous said...

Teringat bagaimana pemimpin-pemimpin ultra rasis PAPigs dengan bantuan pengkhianat Melayu berjaya menipu kaum Melayu untuk menyokong PAPigs.

Apabila PAPigs berkuasa, PAPigs menindas kaum Melayu dan agama Islam.

Parti ultra rasis kafir harbi biaDAP adalah berbahaya kerana ia mewarisi DNA PAPigs ! Dan ia juga disokong oleh pengkhianat Melayu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails