Thursday, September 24, 2020

Dagang Turki-AS, Angkasawan &Kreatif..

 

1. Turki-AS Tingkatkan Volume Perdagangan Kepada 100 Bilion Dolar.

"Presiden Donald Trump dan Presiden Recep Tayyip Erdoğan berkongsi visi memperkukuhkan hubungan dua hala, dan negara-negara kami berusaha mencapai matlamat kami bagi meningkatkan volume perdagangan kami kepada 100 bilion dolar," kata Wilbur Ross, Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS). 

Wilbur Ross menyatakan bahawa eksport gas asli cecair (LNG) Amerika Syarikat (AS) ke Turki, boleh memainkan ''perananan penting'' dalam mencapai sasaran kedua-dua negara untuk meningkatkan volume perdagangan bernilai 100 bilion dolar.

Ross mengambil bahagian dalam Persidangan Turki-Amerika ke-38 melalui kaedah persidangan video, yang dianjurkan oleh Lembaga Perhubungan Ekonomi Asing (DEIK), Majlis Perniagaan Turki-AS (TAIK) dan Dewan Perniagaan AS.

Dalam ucapannya, Menteri Amerika Wilbur Ross mengatakan bahawa 1,700 syarikat Amerika beroperasi di Turki, dan 60 daripadanya pusat wilayah mereka berada di Turki.

Ross menyatakan bahawa syarikat-syarikat Amerika mempekerjakan 78,000 pekerja Turki, sementara import AS dari Turki mengalami kenaikan 3 peratus berbanding tahun sebelumnya mencecah 10.6 bilion dolar.

Ross juga menyinggung kepada sasaran volume perdagangan antara Turki dengan AS,

"Presiden Donald Trump dan Presiden Recep Tayyip Erdoğan berkongsi visi memperkukuhkan hubungan dua hala, dan negara-negara kami berusaha mencapai matlamat kami untuk meningkatkan volume perdagangan kami kepada 100 bilion dolar," katanya.

"Kami berharap dapat mempererat hubungan ekonomi dan perdagangan kami pada tahun-tahun akan datang." Tambah dia.


2. NASA akan Hantar 2 Angkasawan, Salah Satunya Wanita, ke Bulan

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) merancang untuk menghantar dua angkasawan, salah satunya seorang wanita, ke Bulan pada tahun 2024.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh NASA, dilaporkan bahawa angkasawan seorang lelaki dan seorang wanita akan dihantar ke permukaan bulan pada tahun 2024 dalam kerangka program yang bernama "Artemis".

Pentadbir NASA Jim Bridenstine menyatakan bahawa empat tahun kemudian, 28 bilion dolar diperlukan untuk program Artemis, yang bertujuan untuk pendaratan di Bulan.

Para angkasawan dijadualkan melakukan perjalanan dengan kapsul bernama Orion, yang akan dilancarkan dengan roket SLS kuat yang baru.

3. Kreatif! Siri TV Turki Mengilhamkan Pemberian Nama Kepada Anak-anak di Paraguay

Populariti siri TV Turki di negara-negara Amerika Latin juga terserlah di Paraguay, ketika orang ramai memberikan anak-anak mereka dengan nama-nama pahlawan dalam siri TV tersebut. Di negara-negara Amerika Latin, di mana siri TV Turki dikagumi, dan juga telah disahkan oleh sumber asing bahawa ia adalah antara siri TV terbaik di dunia dari segi anggaran dan kualiti.

Orang-orang di wilayah itu mula memberi nama anak-anak mereka dengan nama watak-watak dari siri itu, tercermin dalam catatan media sosial. Di Paraguay, salah satu negara Amerika Latin di mana banyak siri TV Turki diikuti dengan minat. Organisasi rasmi bernama "Registro Del Estado Civil", bertindak sebagai pentadbiran penduduk, menerusi akaun Twitternya berkongsi beberapa nama yang diberikan kepada anak-anak warganegara yang diilhami oleh siri TV.

Dalam perkongsian institusi itu dengan pernyataan "Beberapa nama di sini diilhamkan oleh novel dan siri Turki," terdapat nama-nama seperti Shehrazad, Kerim, Kemal, Devran ve Mustafa. Telah diketahui bahawa sejak tahun 2015, siri Turki memecahkan rekod jumlah penonton di negara-negara Amerika Latin.

Dengan kebiasaan menonton siri TV Turki yang pada awalnya  bermula di Chile, nama-nama Turki diberikan kepada beberapa anak yang dilahirkan di negara itu, dan pelakon-pelakon Turki diundang ke pelbagai organisasi di Amerika Latin.

(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails