KOTA KINABALU: Datuk Hajiji Noor sah bergelar Ketua Menteri Sabah yang baharu selepas mengangkat sumpah pada jam 10.32 pagi tadi.
Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri, di sini.
Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffry Kitingan, menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri II.
Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Joachim Gunsalam pula menjadi Timbalan Ketua Menteri III.
Selain itu, Bung Moktar turut memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Jeffry juga dilantik menjadi Menteri Pertanian dan Industri Makanan, manakala Joachim sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.
Seterusnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun, dilantik sebagai Menteri Kerja Raya Sabah.
ADUN Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, pula memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.
Kedua-dua Masidi dan Jahid berstatus Menteri Kanan Kabinet Sabah.
2 comments:
Kempen sup katak oleh puak roket telah gagal. Sembang lebat habuk pun tarak ! Padan muka !
Ha ha ha ha ha 500x .....
Tungguuuuuu
Post a Comment