Monday, September 28, 2020

Hajiji Noor ketua menteri Sabah baru..

 

 Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Hajiji Noor (duduk, tengah) bersama Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin (duduk, kiri) pada sidang media selepas keputusan semasa Pilihan Raya Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Gambar: Bernama

GRS pilih Hajiji sebagai ketua menteri Sabah baru

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara memilih Hajiji Noor sebagai ketua menteri Sabah yang baru, menamatkan kebuntuan berhubung pemimpin negeri, dua hari selepas Warisan Plus dikalahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.

Hajiji yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri esok pada pukul 10.30 pagi.

Hajiji berkata, kerajaan negeri baru itu akan memastikan permasalahan rakyat dan manifesto serta Aku Janji pada PRN Sabah akan ditunaikan sebaiknya.

“Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandat rakyat sebaiknya.

“Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin; Presiden Star Jeffrey Kitingan; dan Setiausaha Agung PBSJahid Jahim serta barisan Adun GRS.

Sebelum ini pelantikan ketua menteri Sabah yang baru menjadi teka-teki dengan pelbagai spekulasi mengatakan ianya bakal datang dari Umno.

Hibur Hibur Sikit

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails