Thursday, September 17, 2020

Hasil maklumat orang awam. Tahniah! Itu juga dakwah.

 

 JENGKAUT dipercayai milik sindiket dipercayai mencuri 46 tual balak.- Foto/Mohd Rafi Mamat

Ceroboh hutan: Rampas 46 balak dan tiga jentera

JERANTUT: Unit Penguatkuasa Pejabat Hutan Daerah (PHD) mematahkan cubaan mencuri 46 tual balak pelbagai species bernilai RM20,000 di Hutan Simpan Som, di sini kelmarin.

Pegawai PHD Jerantut, Mohd Zarin Ramlan, berkata hasil maklumat orang awam pihaknya membuat pemantau menggunakan dron di Kompartmen Satu dan 68 turut menemui sebuah jentolak dan dua jengkaut dipercayai milik sindiket terbabit.

Katanya, untuk sampai ke kawasan hutan simpan terbabit yang mengambil masa beberapa jam pihaknya terpaksa menempuh dua penempatan tradisional iaitu Kampung Samak Jani, di sini dan Kampung Mela, Lipis.

Katanya, intipan dan serbuan turut dibantu anggota Unit Penguatkuasa Zon Pahang Barat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), penggunaan dron membantu pihaknya mengesan kawasan ceroboh dan lokasi mereka menyorok jentera digunakan membuat jalan, menarik dan memindahkan balak.

"Kerjasama penduduk setempat yang menyalurkan maklumat kegiatan sindiket terbabit menceroboh Hutan Simpan Som untuk mencuri balak menjadi pencetus kepada kejayaan mengesan mereka mementingkan diri.

"Kita gagal kesan ahli kumpulan sindiket, dipercayai berpengalaman luas dalam aktiviti menceroboh dan mencuri balak," katanya, kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan ahli kumpulan terbabit dipercayai membabit tiga hingga lima individu. Usaha mengesan dilakukan dengan cara menyemak rekod pemilik jentera digunakan.

Mohd Zarin berkata, balak pelbagai bersaiz terdiri daripada spesis seperti meranti, merbau, keruing, sepetir, pelong, medang dan kempas. Balak terbabit dilonggokkan sebelum dikeluarkan, namun usaha memindahkan gagal dilakukan.

"Harga kayu meningkat kini menjadi faktor utama aktiviti mencuri balak mula aktif berbanding sebelum ini, pelbagai kaedah digunakan untuk memindahkan kayu bulat pelbagai saiz termasuk bergergaji.

"Beberapa hutan simpang di daerah ini kini menjadi sasaran sindiket pencuri balak berskala kecil dan sederhana, mereka dipercayai mempunyai rangkaian dengan beberapa kilang papan.

"Saya tidak akan berkompromi dengan sindiket pencuri hasil hutan seperti balak, rotan dan emas yang boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Perhutanan Negara 1984," katanya.

Komen Weblog Ibnu HasyimHasil maklumat orang awam, tahniah! Itu juga dakwah. Wajib membantu kerajaan yang adil bukan kerajaan pembela rasuah.

Hibur Hibur Sikit

1 comment:

Anonymous said...

Tiada jalan mudah untuk menjadi kaya!

Heretlah penceroboh2 tersebut kemuka pengadilan! Ianya tanggungjawab bersama untuk agama, bangsa dan negara!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails