Thursday, September 24, 2020

Lim Guan Eng, "Sepandai-pandai katak melompat, akhirnya jatuh..."

 

MENU katak menjadi antara masakan pilihan tiga pemimpin DAP.

Pemimpin DAP kongsi pengalaman makan katak

Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP serta Ahli Parlimen DAP Teresa Kok berkongsi pengalaman gastronomy mereka memakan haiwan amfibia itu ketika menyertai kempen Pilihan Raya Negeri Sabah.

Kit Siang dalam Facebooknya berkongsi gambar dia sedang menikmati bubur katak.

“A nice warm bowl of frog 🐸 porridge after a long day,” katanya.

Manakala Guan Eng pula berkongsi gambar dirinya berada di kedai yang menghidangkan haiwan itu sebagai menu.

“Sepandai-pandai katak melompat, akhirnya jatuh ke dalam periuk dapur juga. Katak politik pula sekilo berapa harga?” kata Guan Eng.

Beliau menyindir ahli politik yang suka melompat dari satu parti ke satu parti. Dalam dunia politik, ahli politik yang tidak setia kepada parti masing-masing digelar sebagai katak.

Sementara Teresa pula dijemput menghadiri jamuan luar biasa yang dinamakan ‘Pesta Makan Peri Katak Nasi Putih’ di Medan Selera Bundusan 888, Penampang.

Pesta jamuan katak itu dianjurkan oleh bekas pemimpin PBS, Chin Teck Meng yang kini memberi sokongan kepada calon Warisan Plus.

Teresa dan pemimpin utama yang dijemput telah dihidangkan dua jenis masakan katak serta satu piring peria yang dipotong menyerupai bentuk katak.

Masakan katak itu sebagai simbol kemarahan terhadap ahli politik yang melompat parti hingga menggugat kestabilan politik.

Teresa dalam ucapanya turut mencadangkan agar masakan katak dijadikan produk dan cenderamata bagi pelancong.

“Dalam ucapan saya di jamuan itu, saya cadangkan selepas kita makan katak secara besar-besaran untuk menunjukkan kemarahan kita terhadap politik ‘katakrasi’, kita mungkin boleh menjadikan masakan katak sebagai makanan dan cenderamata khas bagi pelancong asing.

“Selain itu boleh kita jual kuih katak dan biskut katak sebagai produk pelancongan,” kata Teresa.

Menurut Teresa, masakan katak merupakan menu yang biasa di restoran Cina. Masyarakat Cina tidak memanggil haiwan itu sebagai katak sebaliknya dipanggil ‘ayam sawah padi’.-SM

Komen Weblog Ibnu Hasyim

(i). “Sepandai-pandai katak melompat, akhirnya jatuh ke dalam periuk dapur juga. Katak politik pula sekilo berapa harga?” kata Guan Eng.

(ii). Hampir sama dengan pepatah Melayu, "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua." 

(iii). Mungkin inilah yang sedang berlaku kepada LGE dengan tuduhan rasuah satu demi satu. Ia akan 'jatuh ke tanah' atau 'ke dalam periuk dapur' menjadi santapan orang lain.

(iv). Siapa pula 'katak politik' dan 'sekilo berapa harga?' Mungkin LGE sudah merasa akan berlompatan katak-katak dari partinya mencari parti lain, tempat menumpang rezeki.

(V). Maka akan tinggallah DAP kesepian, sebagai tanda berakhirnya 'zaman keagungan'nya di Malaysia, bagai lilin pendek yang hampir padam.

Sekian.

Hibur Hibur Sikit

3 comments:

Anonymous said...

Islam larang makan binatang dua alam. Babi bukan binatang dua alam tapi najis masa hidup dan masa mati. Dua binatang ni kesukaan siang kit dan legasinya eng guan.

Anonymous said...

Yg bang non sayang sangat kat dap, apa hal. Dah lupa ke dia yg asal usulnya sebagai muslim.

Anonymous said...

Sepandai-pandai katak gonna end melompat, akhirnya jatuh ke dalam tangki najis awam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails