BUTTERWORTH: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.
Guan Eng, 60, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.
"Tidak bersalah tuan," kata Guan Eng yang hadir ke mahkamah memakai sut lengkap hitam dengan ditemani isteri, Betty Chew Gek Cheng dan bapanya, Lim Kit Siang.
Mengikut pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa menyebabkan Pendaftar Tanah Pulau Pinang melupuskan harta milik kerajaan negeri Pulau Pinang iaitu, Lot Tanah No. H.S.(D) 18801, No. PT Lot 702 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timor Laut, Pulau Pinang, bernilai RM135,086,094 kepada Syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd.
Ahli Parlimen Bagan itu juga dituduh menyebabkan Pendaftar Hakmilik Tanah Pulau Pinang melupuskan Lot Tanah No.H.S.(D) 19318, No. PT Lot 10012 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timor Laut, bernilai RM73,668,986 kepada Syarikat Zenith Urban Development Sdn Bhd.
Guan Eng didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, KOMTAR di sini, pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.
Pendakwaan terhadap Guan Eng dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengguna pakai ikat jamin RM1 juta serta dua penjamin terhadap Guan Eng seperti yang ditetapkan dalam kesnya sebelum ini selain membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi dibicarakan bersama tiga pertuduhan lain yang dihadapi Setiausaha Agung DAP itu.
Ahmad Azhari turut menetapkan 12 Oktober depan untuk sebutan kedua-dua kes itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Francine Cheryl Rajendram, sementara Guan Eng diwakili peguam Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, RSN Rayer dan A. Sivanesan.
Terdahulu, Wan Shaharuddin dalam hujahnya untuk memohon memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berkata kesemua kes tersebut berkait rapat dan berlaku dalam satu transaksi yang sama.
Untuk perbicaraan kedua-dua pertuduhan ini, pihak siasatan adalah berpusat di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan oleh kerana ini adalah perbicaraan melibatkan kesalahan komersial (kesalahan rasuah), kebanyakan eksibit yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah dalam bentuk dokumentari serta kesemua dokumen tersebut berada dalam simpanan pihak siasatan.
"Oleh demikian, untuk keselamatan pengendalian eksibit-eksibit tersebut serta faktor logistik dan demi kepentingan keadilan, justeru perbicaraan perlu dijalankan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur," katanya menambah saksi-saksi utama pihak pendakwaan turut bermastautin di kawasan Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.
Gobind Singh bagaimanapun membantah permohonan itu atas alasan kedua-dua pertuduhan jelas menyebut lokasi tempat kesalahan didakwa dilakukan serta lokasi kedua-dua lot tanah terbabit terletak di Pulau Pinang dan pihak pendakwaan tiada alasan kukuh untuk memindahkan kes itu ke Kuala Lumpur.
Ini adalah pertuduhan terakhir terhadap Guan Eng yang berkaitan dengan kontroversi projek terowong dasar laut yang menjadi perhatian, sejak beberapa tahun lalu.
Pada 7 Ogos lalu, Guan Eng dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan telah secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu balasan berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.
Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.
Zarul Ahmad adalah Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.
Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Pada 10 Ogos lalu pula, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan telah menggunakan kedudukan beliau semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad, yang dilantik bagi melaksanakan projek itu yang bernilai RM6.3 bilion.
Guan Eng dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, Georgetown, Pulau Pinang antara Januari 2011 dan Ogos 2017.
Beliau sekali lagi dihadapkan ke mahkamah sama pada 11 Ogos atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), untuk suapan wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya, Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd. - BERNAMA
14 comments:
Sebat jer. Suruh dia pilih sebatan civil atau syarie. Aku confirm dia pilih sebatan cara syarie punya.
Haaaaaaa Haaaaaaaaaa,, padan muka..
Sebat bontot kau...
idup YB Tokong..
..Tuhan selamatkan YB Tokens..
......PAN akan mengadakan sholat hajat untuk YB Tokong..
Idup YB Tokong..
Percepatkan perbicaraan.. Dan jatuhkan hukuman jika bersalah.. usah diguna ianya Sebagai umpan Politik utk pru 15.. kalau salah hukum saja x Kira siapa, jangan ianya sekadar manipulasi utk lemahkan DAP.. DAP lemah MCA kuat, DAP Calon cina akan lawan Calon MCA/Gerakan/MIC kawasan majoriti Melayu kecil..Tapi MCA lawan Calon Melayu kawasan Melayu majoriti yang dianugerah oleh UMNO seperti Tanjong PIAi Sebagai contoh..Cubalah fikir dengan kepala lutut .. Tahniah PAS berjaya minta bertanding 10 kerusi PRN Sabah
idup YB TOKONG
... idup idup idup YN Tokong...
idup YB Tokong..
Kita wajib sokong YB Tokong..
YB Tokong berakhlak ISLAM..
Orang islam wajib sokong YB Tokong jadi PM..
Salam n Selamat Malam,
Sahabat Ana
Ana marah betul dgn PN
permainkan parti Ana
sedarlah ayah chik
kita lebih gagah jika berseorangan
skrg kita lemah
dipermainkan budak2 PN
di Sabah kita dibasikan.
Ayoh Ayah Chik
kita kembali berseorangan
tak payah bermkah dengan PN lagi
Kita kan kuat
Allahuakbar
Rosak akidah ko ni. Benci Dap smpi hilang pertimbangan agama.
Aku dh kata dlu. Jgn mkn taik lebai byk sgt. Kan dah skrg bodoh melampau.
Ramai yakin ada banyak lagi penyelewengan2 yang disorokkan oleh LGE dan pasukannya semasa menjadi Ketua Menteri!
Banyak kes tanah2 runtuh, highway yang sedang dibina runtuh, rumah2 runtuh, pembangunan yang tidak seimbang, kemusnahan alam semulajadi dalam skala besar2an!
Harap SPRM lebih aggresive membongkar!
Gonna end and the rocket gang selamat datang untuk menetap di Bamboo River.
Maka menanggis dan meraunglah puak RBA bahlol kerana towkay dedak cap roket akan masuk ke dalam .....
RBA 8:08 menyalak histeria sejak gonna end didakwa di mahkamah. Gelaplah masa hadapan RBA bahlol !
Ki ki ki ki 500x
Stadium kat terengganu runtuh pun salah Dap.
Hudud x laksanakan pun salah dap.
Ruu355 kelaut pn salah Dap.
Liverpool kalah lawan arsenal pn salah Dap.
Jahat ya amat Dap ni.
Jangan dikencing lagi. Belum dapat kuasa bukan main tunjuk baik. Bila dapat kuasa baru tahu hati busuk dap.
Post a Comment