Ayuh Kita Tumbangkan Warisan Bah!!!
Malam ini tepat jam 12.00 malam, secara rasminya tempoh berkempen untuk PRN Sabah akan berakhir.
Selama 2 minggu, pemimpin-pemimpin dari pelbagai parti yang bertanding berkampung di Sabah, walau pun Sabah kini adalah negeri yang tertinggi mencatatkan kes baru Covid-19.
Saat ini sebahagian besar rakyat Sabah sudah menetapkan siapakah yang akan mereka pilih esok semasa PRN Sabah bermula.
1,124,598 orang pengundi akan menentukan nasib 447 orang calun yang bertanding untuk merebut 73 kerusi DUN di 741 pusat mengundi yang mempunyai 2,540 saluran mengundi.
Siapakah yang akan dipilih menjadi ADUN, parti manakah yang akan membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baharu akan terjawab bila semua kertas undi yang berada dalam peti undi selesai dikira.
Kepada rakyat Sabah, ada beberapa isu yang ingin admin kemukakan sebelum membuat memangkah di kertas undi.
Sepanjang tempoh berkempen, pasti rakyat dapat menilai, parti yang manakah yang benar-benar memikirkan tentang rakyat.
Bezakanlah pencapaian yang telah dilakukan antara parti-parti yang menawarkan calun mereka, terutamanya dari Barisan Nasional dan Warisan.
Kalau dilihat dari sudut perkembangan ekonomi, prestasi yang ditunjukkan oleh Barisan Nasional adalah jauh lebih baik dari Warisan.
Tidak perlu dilihat sepuluh atau lima belas tahun yang lepas. kita lihat dari 2017, tahun terakhir pemerintahan Barisan Nasional di Sabah sebelum tumbang dalam PRU 14.
Tahun 2017, pertumbuhan ekonomi Sabah berada pada kadar 8.2%, iaitu kadar pertumbuhan ekonomi yang tertinggi antara negeri-negeri dalam Malaysia.
Tetapi selepas Warisan mengambil alih pemerintahan di Sabah, tahun 2018, kadar pertumbuhan ekonomi Sabah menjunam kepada 1.5% dan pada tahun 2019, ianya menjunam lagi kepada hanya 0.5%!!!
Sekiranya Warisan terus diberi mandat dalam PRN Sabah untuk memerintah Sabah, kalau mengikut trend menurun yang di catitkan sejak tahun 2018, adalah dijangkakan Sabah akan mengalami pertumbuhan ekonomi negatif!!!
Apa kesannya kepada rakyat Sabah?
Peluang perkerjaan baru tidak dapat diwujudkan kerana pelabur asing tidak akan datang melabur, ramai rakyat Sabah yang kini mempunyai perkerjaan akan kehilangan perkerjaan kerana banyak syarikat akan menghentikan operasi mereka.
Kadar pengangguran akan bertambah, rakyat Sabah akan kehilangan punca pendapatan dan akibatnya kadar jenayah akan meningkat kerana keperluan asas keluarga tetap mesti diadakan walau pun ketua keluarga sudah kehilangan punca pendapatan.
Apakah ini yang rakyat Sabah mahukan?
Kedaulatan dan kemerdekaan rakyat dan negeri Sabah bukanlah sesuatu yang boleh dirunding-rundingkan.
Sebagai rakyat dan negara yang merdeka, kita wajib menentang walau siapa sahaja yang cuba untuk memperdagangkan kemerdekaan dan kedaulatan kita.
Tuntutan Filipina ke atas Sabah bukanlah saru perkara yang baru.
Sejak pemerintahan Barisan Nasional lagi usaha Filipina untuk menuntut Sabah dari Malaysia telah dijalankan.
Namun dengan ketegasan Malaysia yang langsung tidak mahu membuka walau sedikit ruang sekali pun di atas usaha tersebut, Filipina kelihatan telah memadamkan hasrat mereka dengan menutup jabatan khas yang menggerakkan usaha tersebut.
Filipina menuntut Sabah atas faktor sejarah bahawa satu masa dahulu, Sabah adalah di bawah pemerintahan Kerajaan Sulu, namun Malaysia mempertahankan Sabah berdasarkan kemerdekaan yang British beri kepada Sabah untuk bergabung dengan Malaysia dan ianya di akui oleh Bangsa Bangsa Bersatu.
Jadi, Filipina tiada asas langsung untuk menuntut Sabah dari Malaysia.
Tetapi Ketua Menteri Sabah dari Warisan, Shafie Apdal, berpendapat sebaliknya.
Kenyataan beliau yang bersetuju untuk berunding dengan Filipina dalam isu ini memang mengejutkan semua pihak.
Hak kita sepatutnya kita pertahankan dan bukannya boleh dirunding untuk diserahkan kepada pihak lain!!!
Atau apakah sememangnya ahli politik Warisan sememangnya mahu mengeluarkan Sabah dari Malaysia untuk dijadikan sebahagian dari Filipina???
Ada asasnya dakwaan tersebut, kerana selain dari siklap yang ditunjukkan oleh Shafie, kenyataan Mohammaddin Ketapi yang menghina anggota keselamatan dan menafikan kehadiran pengganas Sulu di dalam tragedi Tanduo kelihatan selari dengan Shafie!!!
Rakyat Sabah nilaikanlah, di atas segala musibah yang telah dilakukan oleh Warisan, apakah ada di antara mana-mana pemimpin Warisan yang menjelaskan perancangan pembangunan infrastruktur dan ekonomi untuk meletakkan kembali Sabah ke landasan yang sebenarnya?
Tidak ada!!!
Mereka bersikap angkuh yang tidak langsung menampakkan keikhlasan!!!
Rakyat Sabah, buatlah pilihan yang betul, berikan mandat kepada Barisan Nasional yang telah terbukti menabur jasa kepada rakyat dan negeri Sabah.
Ayuh, sama-sama kita tumbangkan Warisan bah!!!
Hibur Hibur Sikit
8 comments:
Warisan antara 40 - 45 kerusi,
selebihnya PN dan bebas.
anon 7:41
kamu angkuh dan sombong
Maksudnya warsn hilang 40-45 kerusi.
Bukankah tindakan RBA 8:57 menjilat gonna end kaki kencing rakyat menunjukkan RBA bodoh sombong yang cuba berlagak pandai ?
RBA hanya pandai menfitnah, memaki hamun dan menulis lucah sahaja kerana otak RBA pada lutut RBA penuh dengan dedak cap roket.
susah nak berhujah fakta asyik label org RBA RBA RBA dah habis isu ler tu adoii
jgn jadi pondan laa asyik2 nak salahkan DAP hehehee kepala lutut betul
RBa menyalak histeria kepanasan ternakan cili. Pedas sangatkah bro ?
Ha ha ha ha ha ......
Pembetulan: RBA
Post a Comment