Sikap mementingkan diri sendiri (Individualistik)
Maksud ‘al atsrah’ dalam hadis adalah sikap yang selalu mementingkan diri sendiri dan kerakusan untuk mendapatkan apa yang menjadi hak orang lain untuk kepuasan diri semata-mata.
Hadis di atas mengisahkan sikap setia kawan orang-orang Ansar yang tinggi terhadap sesama Muslim walaupun mereka berhak untuk mendapatkannya. Mereka memang terkenal dengan sikap suka melebihkan orang lain walaupun mereka juga memerlukannya. Allah memuji sifat orang Ansar melalui ayat 9 surah Al-Hasyr;
Pengajaran
(i) Setiap orang pasti mempunyai masalah tersendiri yang tidak difahami orang lain. Tetapi apabila sentiasa merasakan dia sahaja yang ada masalah, maka dia hanya akan beri tumpuan pada masalah dia sahaja tanpa ambil peduli orang lain.
(ii) Tidak akan ada manusia yang boleh hidup sendirian. Saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua memerlukan stok makanan di rumah, tetapi jangan sampai menafikan hak orang lain untuk mendapatkannya.
(iii) Termasuk juga dalam kategori pentingkan diri sendiri apabila tidak mengendahkan arahan untuk duduk di rumah supaya tidak menjadi penyambung rantaian virus.
(iv) Seandainya para ‘frontliner’ mementingkan diri, nescaya mereka juga akan memilih untuk berada di rumah dan membiarkan sahaja mereka yang terkena jangkitan melawan virus atau mati (moga dijauhkan). Tetapi mereka terus berusaha dan membahayakan nyawa mereka demi seluruh rakyat dan negara.
(v) Kepayahan dan keperitan yang dilalui bersama akan mendapatkan kemanisan di akhirnya insyaAllah.
Moga kita terpelihara daripada sikap buruk ini.
MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
25 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 25/3/2020
No comments:
Post a Comment