Pasangan ini memberi alasan singgah sebentar di sebuah hotel bajet kerana hujan lebat sebelum pulang ke rumah.
Alasan berteduh dari hujan tapi bertuala sahaja
SUNGAI PETANI - Sepasang kekasih memberi alasan kononnya hanya singgah sebentar di sebuah hotel bajet di sini untuk berteduh sementara menunggu hujan berhenti ketika dicekup berkhalwat pada Ops Ambang Merdeka semalam.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, Radzi Abd Mutalib berkata, pasangan itu ditahan dalam sebuah premis hotel di Bandar Puteri Jaya kira-kira jam 12.15 tengah malam.
Menurutnya, ketika pintu diketuk, seorang lelaki keluar dengan hanya bertuala manakala pasangannya berada di tandas dengan berpakaian lengkap.
"Ketika disoal, wanita berusia 20 tahun dari Kuala Ketil bersama pasangannya berusia 18 tahun dari Pulau Pinang memberitahu mereka baru balik dari majlis kenduri di Kulim dan singgah sebentar di Sungai Petani kerana hujan lebat sebelum pulang ke rumah.
"Dia juga memberi alasan keluarganya tiada di rumah kerana keluar kawasan," katanya.
Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Petani dan pasangan itu dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut.
Menurut Radzi, anggota penguat kuasa kemudian menghubungi penjamin bagi memaklumkan perkara itu dan diminta hadir untuk tindakan seterusnya.
"Bagaimanapun, abang kandung wanita terbabit menjelaskan mereka telah cuba menghubungi adiknya berkali-kali, namun gagal.
"Disebabkan bimbang keselamatannya, ahli keluarga bercadang mahu keluar mencarinya," katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat iaitu berdua-duaan dalam sebuah bilik tanpa ikatan mahram atau suami isteri yang sah.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Operasi yang disertai 15 anggota diketuai Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin telah menumpukan ke beberapa kawasan 'hotspot' sekitar daerah bagi membanteras aktiviti maksiat pada ambang merdeka. (SH)
4 comments:
Tuang Ibnu,
Lebih baik Tuang tak usah masukkan ruangan komeng dalang blog Tuang.
Komeng ada yan menyedapkagn selera Tuang.
Ada komeng yag meloyakang Tuang.
Ada komeng positif, ada komeng negatif.
Biasalah....komeng katakang
Jangang DELETE komeng oran
kalau tak berkenang dengang komeng orang
jangang baca!
Kalau dok DELETE komeng
tak payahlah Tuang Ibnu buat ruangang komeng.
Ada fahang dak gi?
Kalau tak buat ruangang komeng
kami tak payah komeng...ha ha ha
betui jgn letak komen. aku gatai tangan nak komen kat blog pentaksud lebai malang ni. ingatkan bawah negeri isle xde khalwat dah. rakyat naungi hukum isle sepenuhnya. barua dap masih bau2 bacang ka. bengong dap sbb tak boleh nak halang rakyat kedah khalwat. satg lebai salahkan dap.
Bagus posting kali ini, teruskan usaha murni ini, setidak2nya ia mengingatkan orang ramai!
Yang ditangkap hanya beberapa kerat sahaja, yang terlepasnya mungkin jauh lebih banyak dan memudaratkan!
Diharap pihak2 berwajib melipatgandakan usaha memerangi aktiviti maksiat zina ini!
Teruskan usaha2 murni ini tanpa takut kepada PEMBENCI2 Islam dari kalangan orang kafir dan orang2 Islam itu sendiri!
Kepada Ibnu Hasyim teruskan berkarya membongkar perkara2 maksiat, zina dan segala perkara yang bercanggah dengan undang2 Islam!
Gukankan pengalaman puluhan tahun anda dalam bidang kewartawanan untuk kerja2 dakwah terpuji ini.
Jangan pedulikan kritikan cacian makian dari orang2 kafir atau dari kalangan orang2 Islam yang sangat membenci Islam itu sendiri.
Teruskan usaha murni anda ini!
Post a Comment