Menurut laporan The Jakarta Post, tempoh selama enam bulan telah diberikan supaya pegawai berkenaan dapat memperbaiki bacaan masing-masing.
"Ia berdasarkan perjanjian yang sudah ditandatangani," kata Ketua Daerah Gowa, Adnan Purichta Ichsan.
Seramai 14 daripada 76 pegawai tinggi beragama Islam yang baru dilantik dalam pentadbiran itu, dilaporkan gagal dalam ujian membaca Al-Quran.
Ujian berkenaan dilakukan sebagai sebahagian daripada proses pengambilan terbuka bagi jawatan pegawai tinggi.
"Kebolehan membaca al-Quran secara fasih antara kriteria yang perlu dipenuhi sebelum memegang jawatan tinggi di kawasan pentadbiran Gowa,” kata Ketua Bahagian Pentadbiran Sumber Manusia, Muh Basir.
Sumber: The Jakarta Post
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya di negara umat Islam yakni negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, pemimpinnya wajib tahu mengenai agama penduduknya, termasuk pandai membaca Al-Quran. Walaupun dia bukan atau belum beragama Islam.
Ini tidak, rakyat yang turun-temurun beragama Islam disuruh mengikut rentak pemimpin bukan Islam, termasuk melaksanakan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan Islam. Contohnya, termasuk dalam amalan sosial, ekonomi dan politik.
Sehingga orang Islam hendak melaksaanakan agama sendiri di negaranya sendiri pun jadi masalah!
Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS
2 comments:
Yang penting kami pas junjung perlembagaan. Apapun hukum islam perlu selaras dengan perlembagaan.
Nampaknya RBA sangat terdesak untuk menyamar sebagai ahli PAS untuk menfitnah dan memburuk-burukkan PAS.
Bukankah tindakan puak kafir harbi roket mengiktiraf pengganas komunis Bintang Tiga dan PKM (yang telah memusnahkan ekonomi negara, memusnahkan harta benda , rumah dan kampung dan mengancam keselamatan negara dan membunuh rakyat dan anggota keselamatan dll) sebagai 'pejuang' kemerdekaan telah menghina Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara ini ?
Post a Comment