Saturday, September 12, 2020

Pusat Hiburan Pusat Maksiat, Disalahgunakan. Baik Tutup!

 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang, awal pagi tadi. - Foto Bernama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang, awal pagi tadi. - Foto Bernama

183 dicekup leka berhibur

KUALA LUMPUR: Polis menahan 183 individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah pusat hiburan dekat pusat beli-belah mewah di Jalan Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan Ops Noda dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK) hampir dua jam berakhir jam 3 pagi, pelanggan yang leka berhibur dengan muzik kuat tidak menyedari kehadiran polis.

Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner, Rohan Shah Ahmad, berkata tahanan itu termasuk 75 wanita berusia antara 21 hingga 40 tahun.

"Polis juga tangkap 12 pekerja premis berkenaan termasuk enam warga asing dipercayai tidak mempunyai permit kerja sah.

"Selain itu, barangan seperti pembesar suara, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM2,000 disita bagi membantu siasatan.

"Semakan awal mendapati, premis berkenaan beroperasi tanpa lesen sah," katanya ketika ditemui pemberita selepas serbuan itu, di sini, awal pagi tadi.

Semua suspek dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1993, Peraturan 11(1) Peraturan-PeraturanPencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020 dan Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1952.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
(i) Pusat hiburan jadi pusat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
(ii) Pekerja premis termasuk warga asing tiada permit kerja sah.
(iii) Premis berkenaan beroperasi tanpa lesen sah.
(iv) Disiasat juga mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1993, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020 dan Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1952.
(v) Pusat hiburan kini sudah jadi pusat maksiat, disalahgunakan. 
(vi) Kaji balik, perbetulkan atau baik tutup saja.

Hibur Hibur Sikit
Baik didengar oleh perasuah-perasuah!!

5 comments:

  1. Paling malang bila ada DAP bersama. Mabok, homo, zina, babi, pencemaran sungai, samseng, langgar mabok, teroka haram, ini semua makhluq perosak. Tidak berakal bila ada dalam masyarakat. Aqidah tolak tepi bila dap ada. Perlembagaan pun nak langgar. Kontrak sosial pun humban jer. Sekolah pun tak mahu ikut silibus sini. Along pun ramai dari cina dap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohtar senak kaki tetek bini orang org dap jgk ke.haha

      Delete
  2. dari segi hukum akal yang sihat, pusat hiburan tiada apa2 memberi kebaikkan pembangunan insan dan rohani, kemasyarakatan, pembangunan ekonomi, senang kata tak memberi apa2 kebaikan, cuma orang yang tak cukup akal saja akan menyalahkan pas. perkara ini perlu dibincang sebelum apa2 keputusan dibuat.

    ReplyDelete
  3. DAP laa ni sebb DAP perintah Malaysia sekrg ni jahat sungguh DAP. Anuar Musa ketua penerangan DAP pun suruh buka kelab malam tp ikut SOP....jahat sungguh DAP

    ReplyDelete
  4. Arsenal game menang mlm td pn salah Dap

    ReplyDelete