Tuesday, September 01, 2020

Rasuah RM18 Juta Anak LGE, SPRM-LHDN Digesa Siasat

 

Terbongkar, Anak Lim Guan Eng Juga Terlibat Dengan Rasuah RM18 Juta!!!

BELUM sempat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan isteri beliau, Betty Chew, menarik nafas lega kerana dituduh dalam mahkamah atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa, belum habis lagi terkejut dengan pendedahan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, dalam Parlimen mengenai 101 projek secara runding terus yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, kini terbongkar cerita yang lebih panas tentang penglibatan rasuah sebanyak RM18 juta oleh anak Lim Guan Eng pula.


Pembongkaran mengenai kegiatan rasuah anak Lim Guan Eng didedahkan oleh Nelson, juga dikenali sebagai Burung Ababil.


Anak Lim Guan Eng dikatakan telah meminta suapan sebanyak RM18 juta dari Dato' Sri Goh Choon Kim, pemilik Vangohh Hotel Pulau Pinang dan juga kilang rokok di Macang Bubok.

Tujuan anak Lim Guan Eng meminta sogokan dari Goh Choon Kim adalah untuk membantu Goh melupuskan bayaran cukai perniagaan beliau dari lebih dari RM100 juta kepada hanya RM18 juta.

Dalam pertemuan antara anak Lim Guan Eng dan Goh Choon Kim di hotel Vangohh milik ahli perniagaan tersebut, beliau menyatakan, sebagai anak kepada Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng, beliau boleh meminta supaya bapa beliau menggunakan kuasanya untuk melupuskan cukai yang terpaksa dibayar oleh Goh dari lebih RM100 juta.

Namun Goh mesti memberikan RM36 juta kepada anak Lim Guan Eng sebagai imbuhan.

Cara pembayarannya ialah RM18 juta yang pertama diberikan untuk menyelesaikan masaalah cukai Goh dan selepas masaalah itu selesai, maka Goh mesti memberi baki RM18 yang kedua sebagai imbuhan kepada anak Lim Guan Eng.

Nelson mendakwa, duit imbuhan sebanyak RM18 juta sebagai imbuhan kepada anak Lim Guan Eng itu diberikan dalam bentuk tunai dan ianya telah diberikan dalam 5 kali bayaran kepada anak Lim Guan Eng.

Nelson juga mendakwa beliau mempunyai rakaman video untuk membuktikan apa yang beliau katakan itu adalah benar.

Jika apa yang didakwa oleh Nelson adalah benar, kita menggesa pihak SPRM dan LHDN agar segera menyiasatnya.

Negara kehilangan sekurang-kurangnya RM100 juta dari hasil kutipan cukai negara.

Ini cuma satu kes yang telah dapat dibongkar dan kita tidak tahu berapa banyak lagi kes yang serupa atau hampir serupa yang tidak dapat atau belum dibongkar.

Berapa banyak pendapatan negara telah hilang dari kegiatan tidak bermaruah seperti ini?

Admin percaya, ini bukan kali pertama anak Lim Guan Eng berbuat demikian dan siapakah yang selama ini mendalangi perbuatan beliau?

Lim Guan Eng sudah seakan-akan kebal dari tindakan undang-undang atas salah laku yang beliau lakukan selama ini.


Sebagai contoh, dalam kes pembelian banglo di bawah harga pasaran di Jalan Pihon, Phang Li Koon dikatakan telah menerima kontrak perumahan di Pulau Pinang daripada Lim Guan Eng.

Apakah benar dakwaan yang mengatakan bahawa Phang Li Koon sebenarnya bukan berniat untuk membina rumah tetapi beliau sebenarnya mahu membina asrama untuk perkerja asing yang boleh memuatkan antara 30,000 hingga ke 40,000 perkerja asing di sana!!!

Walau pun admin tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut, namun ada asas ya dakwaan itu kerana Phang Li Koon sememangnya seorang pembekal perkerja asing.

Hakikatnya, baik Lim Guan Eng mahu pun DAP sememangnya tidak suci malah sangat tidak suci seperti yang cuba mereka gambarkan kepada rakyat Malaysia selama ini!!!

Kredit :
Nelson aka Burung Ababil

1 comment:

Anonymous said...

Ni sebar mcm ada bukti kukuh. Apa lg, dah dpt bahan, gi la report polis atau sprm.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails