Saturday, September 19, 2020

Serangan seksual Trump: Anjing sekali makan tahi, tetap...

 

Satu lagi tuduhan serangan seksual hantui Trump

WASHINGTON: Seorang bekas model mendakwa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, meraba dan menciumnya secara paksa sekitar 1997.

Ini adalah tuduhan seksual terbaru ke atas penyandang jawatan presiden dari parti Republikan itu, hanya beberapa minggu sebelum pemilihan presiden diadakan.

Amy Dorris memberitahu The Guardian Britain bahawa Trump menyerangnya secara seksual di suite kenamaan miliknya ketika Kejohanan Tenis Terbuka AS di New York, namun dakwaannya itu dinafikan Trump menerusi peguamnya.

"Dia cuba bercumbu dengan saya dan saya menolaknya, ketika itulah genggamannya menjadi lebih erat dan tangannya meraba kemaluan, payudara, punggung dan seluruh tubuh saya.

"Saya berada dalam cengkamannya dan tidak dapat melepaskan diri," katanya dalam satu temu bual.

Dorris ketika itu berusia 24 tahun manakala Trump berusia 51 tahun dan berkahwin dengan isteri keduanya, Marla Maples.

Mangsa turut memberikan The Guardian beberapa gambar yang menunjukkan kehadirannya di syarikat Trump dan beberapa individu mengesahkan dakwaannya serta mengakui mangsa ada memberitahu mereka mengenai kejadian itu.

Katanya, dia meminta Trump menghentikan perbuatannya tetapi tidak dipedulikan dan mengakui rasa dizalimi.

Ditanya mengapa dia terus berada di sisi Trump pada hari-hari berikutnya, Dorris berkata trauma akibat perbuatan Trump membuatkannya bungkam.

Bagaimanapun, peguam Trump memberitahu akhbar bahawa versi kejadian itu tidak boleh dipercayai dan mungkin terdapat saksi lain sekiranya dia benar-benar diserang.

Sebaliknya, dakwaan itu mungkin bermotifkan politik kerana dibangkitkan ketika hanya tinggal beberapa minggu sebelum Trump berdepan Joe Biden dalam pemilihan 3 November ini.

Dorris yang kini berusia 48 tahun, berkata dia mengambil keputusan tampil untuk menjadi teladan kepada anak perempuan kembar yang sudah remaja.

Dia pertama kali menceritakan kisahnya kepada The Guardian lebih dari setahun lalu tetapi meminta akhbar itu supaya tidak menerbitkannya, namun kini menegaskan sudah muak kerana Trump sering terlepas.

Trump menghadapi lebih 12 tuduhan salah laku seksual termasuk dakwaan seorang kolumnis terkenal AS, E Jean Carroll, bahawa dia diperkosa di bilik persalinan di gedung serbaneka sekitar pertengahan 1990-an. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak menuduh, tetapi teringat pepatah mengatakan, 'Anjing sekali makan tahi, tetap makan tahi juga.'

Apa lagi dalam politik AS, parti yang tidak berdasarkan apa-apa 'agama dari langit', perkara-perkara begitu macam najis tahi cicak sahaja. Takde apa-apa.. 

Hibur Hibur Sikit

2 comments:

Anonymous said...

AKO KOPI PES LAGI DARI BLOG LAMAN REFORMASI..!!

zaasss layann

Pasal elaun sara hidup nelayan tu, korang pusing kot mana pun, yang jelas PH dah kena main kaw-kaw dengan Tun M , Muhyidin dan BERSATU..
Masa deme dok dalam kerajaan PH deme buat sesuatu yang teruk supaya rakyat marah ke PH..
Kalau ikut Tun M, elaun tu nak dihentikannya.. (BUAT RAKYAT BENCI PH...!!)
Masa elaun sara hidup nelayan dikurangkan..
���������� �������� ������������ & ������������ �������� ����
Siapa lagi kalau bukan ANWAR IBRAHIM !!
Nasib jugak dia bangun bantah dan minta dikaji semula..
Elaun sara hidup dari RM300 nak diturunkan jadi RM150 je.
���������� �������� ������������ & ������������ �������� ����
Siapa lagi kalau bukan ANWAR IBRAHIM !!
Bila Anwar bangun bantah dalam parlimen dan minta dikaji semula, barulah mereka tak jadi letak RM150, mereka tambah sikit bajet naikkan jadi RM200..
Pandai tak deme wujudkan satu titik lemah kerajaan PH yang menjadi sasaran kemarahan orang melayu..
Tun M letak LGE dari DAP jadi Menteri Kewangan, lepas tu Tun suruh dia kurangkan itu dan ini supaya orang melayu marah pada PH terutamanya pada DAP..
Nak salahkan LGE 100% pun tak boleh jugak sebab pengakuan terbaru Tun M tempoh hari menunjukkan hampir kesemua keputusan MOF adalah dari Tun M sendiri..
Bukan silap LGE 100%, tapi kesilapan dia adalah dia menurut 100% arahan Tun M yg memakan diri..
Akhirnya nama PH buruk, nama DAP buruk nama LGE sendiri pun buruk..
Tu belum lagi cerita bab caj Kolej di UiTM yg selama ni free..
Silap² nanti dekat PRU15, bayaran kolej tu dorang mansuhkan, Muhyidin jadi hero sekali lagi..
Cumanya....
Bilalah deme nak sedar yg deme tu kena main dengan Tun M?
*CP
( Blogers Liang Lahad )

Komen ako mudah ajer...!!

Kikiki.. Anwar Ibrahim pun bangang jugak.. patut la zamn 70'an amik kursus tah apa apa dapat klas 3 genral degree ajer. Masa tu SPM gred 3 pun boleh mintak jurusan Doktor, engineer bagai..!! Dari dolu Rapiji dah pesan atok itu kan lidah bercabang..!!

Haahh gadohhh lah sampai mampos..!! Legen kepala penipu gaduh dengannlegen kepala perompak.. padan lah tuhh..!!

Kami nak tepok jer smbil makan pop corn, super ring smbil pekena coconut shake..!! Sluurrpp.. muahhhh..!!

Org sabah saksikan kaca dengan sampah hanyut semenanjung... cukup sekali kena kencing..

#sabahmengundi

Unknown said...

Tah apa apa bahasa..haram tak paham ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails