Thursday, September 24, 2020

Setuju Calon Bersih, Tidak Yang Sedang Melalui Proses Mahkamah. -Ibnu Hasyim.

 

PRU-15 Rakyat TIDAK Mahu Calon Yang Ada Kes Mahkamah – Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor
Oleh: Ustaz Shafie Bin Ngah

Saya percaya anda bersetuju dengan saya bahawa PRU-15 akan berlangsung tidak lama lagi. Ini berdasarkan kocakan politik yang semakin kuat sehari dua ini. Besar kemungkinan Parlimen akan dibubarkan tanpa menunggu berakhirnya tahun 2020 ini.

Menjelang PRU-15 ini rata-rata pengundi mahu calon-calon yang bersih. Jika tidak bersih sebersih-bersihnyapun, setidak-tidaknya pemimpin-pemimpin yang sedang melalui proses perbicaraan di mahkamah janganlah menjadi calon.

Saya tidak mengatakan mereka bersalah, tetapi eloklah mereka bersihkan nama mereka di mahkamah terlebih dahulu. Kerana rakyat mahu calon yang bersih.

Biarlah Pakatan Harapan mencalonkan nama-nama pemimpin yang masih bergelumang dengan kes mereka di mahkamah. Biarkan, biarkan. Tetapi saya mencadangkan, dengan cadangan yang keras, supaya Perikatan Nasional benar-benar faham dengan kehendak rakyat a.k.a. pengundi. Jangan letakkan calon yang masih bergelut dengan kes di mahkamah.

Saya ulang……!
Jangan letakkan calon yang masih bergelut dengan kes di mahkamah. Itupun jika PN masih ada telinga dan mendengar suara rakyat.

Setuju???

Ustaz Shafie Bin Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

Hibur Hibur Sikit

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails