Langkah Ahmad Zahid
Mukaddimah
Pada mulanya, sidang media oleh DS Anwar Ibrahim pada 23 September baru-baru ini hanya diambil sebagai acuh tak acuh sahaja oleh pelbagai pihak, termasuk PN. Ia hanya dianggap sebagai ‘gimik politik murahan’ oleh Presiden PKR itu sempena PRN Sabah.
Setelah dua hari, PN semakin rimas dengan ketidak-jelasan sikap Umno yang digambarkan melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang seperti mengesahkan dakwaan Anwar di sidang media tersebut.
Mahu atau tidak, ‘langkah Ahmad Zahid’ terpaksa PN hadapi di ambang PRN Sabah esok hari.
Mengenal pasti ‘skru longgar’ dalam PN
Sidang media Anwar membuatkan PN cuba mencari skrunya yang longgar. Tidak ada yang longgar pada awalnya. Semuanya didapati berfungsi dengan baik dan mengikat kemas komponen-komponen BERSATU, Umno, PAS, GPS dan GRS.
Tiba-tiba didapati ada skru yang longgar daripada pihak Ahmad Zahid. Setelah dua hari, Ahmad Zahid dilihat sengaja tidak mahu mengetatkan skru utama itu walaupun telah dikenal pasti.
Skru itu cuba diketatkan oleh Datuk Asyraf Wajdi, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein dan Datuk Seri Mahadzir Khalid. Tetapi nampaknya hanya Ahmad Zahid yang memiliki ‘screw driver’ dengan saiz yang betul.
PAS meminta penjelasan dengan sejelas-jelasnya
Hari ini, Setiausaha Agung PAS Dato’ Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan media memohon penjelasan Umno. Tahap keseriusan permohonan itu digambarkan oleh perenggan keempat kenyataan media itu berbunyi;
“Justeru sekiranya peralihan ini benar, ianya boleh dianggap sebagai suatu gerakan yang bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional yang terbina di atas permuafakatan BN, BERSATU, PAS, GPS dan beberapa parti lain di atas kejatuhan Kerajaan PH”.
Ia boleh membawa makna berakhirnya Muafakat Nasional (MN), walaupun ia belum tentu bermakna tumbangnya Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Tidak ada jalan untuk Zahid berdiam diri
Ahmad Zahid tidak membuat sebarang kenyataan tambahan setakat ini.
Jika beliau menafikan dakwaan Anwar, ia satu kelegaan kepada PN. Jika beliau mengesahkan lebih selesa dengan Anwar, episod politik baru akan bermula semulla.
Bersama Anwar pada detik ini bererti serang hendap yang hebat ke atas rakan-rakan sekutu beliau di dalam PN.
Memahami keresahan Umno bersama PN
Bekerjasama dalam PN, tidak menjadikan Umno berkuasa penuh mentadbir kerajaan seperti pada era BN dahulu. Banyak yang berbeza dan banyak tolak ansur luar biasa yang telah diambil sebelum ini.
Antaranya, bersetuju memilih Muhyiddin sebagai PM, tidak ada Timbalan Perdana Menteri, ada empat jawatan Menteri Kanan, kepimpinan utama Umno yang ada kes belum selesai di mahkamah tidak akan dilantik ke jawatan Menteri dan banyak lagi.
Dengan majoriti Ahli Parlimen PN adalah daripada Umno, rasa tidak puas hati sebahagian pimpinan Umno memang mudah untuk difahami. Tetapi itulah langkah besar yang perlu diambil untuk menggantikan PH.
Sebenarnya setiap pihak di dalam PN berkorban. Muhyiddin dan Azmin berkorban segala-galanya bila meninggalkan Kerajaan PH dan Tun Mahathir. Tidak akan ada PN, tanpa langkah nekad itu.
Umno, PAS, GPS dan PBRS juga turut berkorban dalam pelbagai isu demi menguatkan PN dan menyelamatkan negara. Tanpa dokongan dan toleransi mereka, PN akan tumbang seawal bulan pertama berkuasa.
Jika Ahmad Zahid rindukan zaman kegemilangan BN itu, beliau sepatutnya telah sedia maklum bahawa landskap politik negara telah pun berubah. Rakyat dan pengundi juga telah menjadi semakin kompleks.
Betul, rakyat memang membandingkan zaman BN dan zaman PH. Tetapi rakyat tidak mahu lagi Umno yang dulu. Mereka mahukan Umno yang lebih telus, rendah diri dan sanggup berubah. Jika kembali seperti dulu, rakyat tidak lagi selesa.
Apakah keuntungan Umno jika bersama Anwar
Jawatan-jawatan Menteri boleh dirundingkan semula. Kedudukan tokoh-tokoh Umno dalam kerajaan akan menjadi lebih banyak. Kuasa politik boleh digunakan dengan lebih bebas untuk mempengaruhi banyak keputusan di pelbagai peringkat.
Dan yang paling utama, tidak perlu lagi ‘asyik mengalah’ kepada tuntutan BERSATU.
Apa masalah bakal timbul jika Umno bersama Anwar
Ada kepimpinan Umno yang tidak mampu lagi bersama Anwar yang dilihat lebih bersifat ‘liberal’ berkaitan isu-isu yang menyentuh bangsa Melayu dan agama Islam.
Mereka juga terpaksa berkawan dengan kawan-kawan Anwar daripada DAP. Untuk makluman, bukan senang berkawan dengan DAP dan tuntutan-tuntutan mereka.
Mereka terpaksa menjelaskan kepada akar umbi mereka mengenai perubahan pendirian ini. Ia sangat sulit difahami daripada sudut falsafah dan perjuangan parti.
Di pihak Anwar pula, menguruskan perbezaan perjuangan Umno dan DAP pula adalah satu tugas seberat gunung Kinabalu.
Sekali lagi kita akan melihat dua sahabat baik, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng akan kembali ke kabinet.
Penutup
‘Langkah Ahmad Zahid’ berupaya merobohkan sebahagian kekuatan PN. Ia juga memberi kemungkinan untuk Anwar bergelar PM. Ia adalah satu langkah yang ‘hebat’.
Tetapi adakah langkah itu diperlukan oleh rakyat? Adakah langkah itu akan difahami dengan pantas oleh akar umbi Umno? Adakah Umno akan untung besar dalam jangka masa panjang dengan langkah ini? Hanya Umno yang boleh menjawabnya.
Jika langkah ini benar-benar berlaku, PRU akan datang akan menyaksikan pertembungan banyak penjuru di setiap kerusi parlimen. Pertarungan utama antara PH Plus dan Plus Umno dengan PN tanpa Umno.
Rakyat kena cepat buat keputusan, kerana PRU kelihatannya sudah tersangat hampir!
Bola sekarang ini berada di kaki kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.
ZAKARIA ISMAIL
Marang, 25 September 2020 – HARAKAHDAILY 25/9/2020
3 comments:
RBA bangsat yang menulis komen berunsur fitnah 11:06 adalah pesakit mental yang sangat kronik kerana otak pada lututnya penuh dengan dedak cap roket.
Parti Islam PAS difitnah oleh RBA ternakan Dajjal Action Party jelas mencerminkan dasar permusuhan Dajjal Action Party terhadap Islam dan umat Islam kerana PAS berjuang menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam.
xde pun komen 11:06...kenapa delete? hehehe
Komen sampah memang wajar dihapuskan.
Post a Comment