Tuesday, September 01, 2020

Tulisan Jawi, DAP Dan Tulisan Cina di M'sia..

Lagi kuat menyalak, lagi jelas ketakutannya

KHAMIS terdahulu, bekas Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan mengetuai sekumpulan ahli Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak menampal pelekat tulisan Cina di tiga papan tanda jalan iaitu di Jalan Main Bazaar, Lebuh Wayang dan Jalan Greenhill dengan alasan ia perlu diterjemahkan untuk keperluan pelancong dari China.

Walau bagaimanapun tiga hari selepas projek menampal pelekat itu ‘kantoi’ setelah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengarahkan DAPSY Sarawak itu segera menanggalkan tulisan Cina di papan tanda jalan itu serta memohon maaf secara terbuka. Kononnya mereka bersedia menanggalkan pelekat tetapi bersyarat.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Cheing Jen berkata, DAPSY akan menanggalkan pelekat tetapi pada masa sama, Ketua DAPSY juga akan memberikan surat rasmi meminta DBKU untuk kembali menggunakan dua bahasa iaitu Melayu dan Cina pada papan tanda jalan seperti yang pernah berlaku suatu ketika dulu, dakwa mereka.

Mereka juga bersedia ‘membantu’ DBKU mencetak tulisan Cina untuk nama tiga jalan itu yang disertakan bersama surat permintaan kepada DBKU. Sampai begitu sekali kehendak mereka!

Terdahulu pada 30 Julai lalu, ADUN Tras daripada DAP Pahanh, Chow Yu Hui telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuantan mencabar ketetapan Kerajaan Negeri Pahang mewajibkan tulisan Jawi di papan-papan tanda dan iklan di premis perniagaan.

Beliau mendakwa, Kerajaan Pahang dan kerajaan tempatan tidak harus memaksa orang ramai, terutama pemilik perniagaan, NGO atau mana-mana pihak untuk menyertakan tulisan Jawi di papan tanda mereka.

Apa yang sedang berlaku? Pihak DAP mahu tulisan Cina dan menentang tulisan Jawi.

Sebuah televisyen swasta pernah melaporkan satu program berbentuk bengkel yang bertajuk ‘Kaligrafi Cina Pupuk Semangat Perpaduan’. Laporan berkenaan menimbulkan persoalan masyarakat.

Pada masa sama ketika itu tulisan Jawi yang merupakan warisan rakyat Malaysia ditentang sama sekali diajar di institusi pendidikan mahupun di premis perniagaan mereka.

Seorang pendakwah Islam terkenal berketurunan Cina, Firdaus Wong Wai Hung antara yang menyatakan kekeliruan mengenai kedudukan kaligrafi Cina dan tulisan Jawi di Malaysia.

“Belajar kaligrafi Cina dapat menyatu-padukan rakyat Malaysia manakala belajar Jawi ditentang habis-habisan? Kenyataan begini menjadikan saya keliru. Kita di Malaysia atau di China dan bahasa kebangsaan kita apa sebenarnya?” tanya Firdaus.

Menurut Pakar Perlembagaan, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Muhammad Fathi Yusof, kedudukan tulisan Jawi sangat tinggi dan berkait rapat dengan identiti dan jati diri negara.

Beliau berkata, jika dilihat dalam konteks lebih luas, negara mempunyai jati diri yang terangkum melalui beberapa peruntukan Perlembagaan.

Antaranya ialah kedudukan bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan di bawah Perkara 3 dan kedudukan Raja-raja Melayu. Apabila semua ini dirangkumkan, kita dapat melihat kedudukan Jawi sebagai satu tulisan berada pada kedudukan yang tinggi.

“Terdapat dua tulisan dalam bahasa Melayu iaitu Jawi dan Rumi. Kedua-dua tulisan ini digunakan secara bersama. Tulisan Jawi lebih awal digunakan untuk bahasa Melayu kerana ketika bahasa ini berkembang sebagai bahasa ilmu, tulisan pertama diperkenalkan ialah tulisan Jawi yang berkembang seiring dengan perkembangan Islam,” jelas beliau di dalam akhbar Kosmo baru-baru ini

Bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah dua ‘masterpiece’ atau khazanah negara yang termaktub di dalam Perlembagaan. Di dalam Artikel 152, tulisan bagi bahasa Melayu dinyatakan sebagai Rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang menurut Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Semua wajib maklum tanpa pertikaian!

Bahasa Melayu adalah ‘lingua franca‘ dan bahasa penghubung (vehicular language) di Malaysia tanpa mengenepikan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa asli (vernakular).

Bahasa vernakular merupakan bahasa asli dalam lingkungan sebuah komuniti penuturnya. Contoh, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Bahasa vehicular pula menjangkaui batas komuniti asalnya, lalu dijadikan bahasa kedua sesebuah negara selepas bahasa ibunda untuk kegunaan rasmi perhubungan antara komuniti.

Jelas wahai DAP?

Jika seorang anak kecil menangis, memberontak dan buat perangai, itu tandanya dia mahukan perhatian. DAP bukan ‘anak kecil’. DAP sudah ‘berumur’. Ohh ya…. orang kata bila kita sudah tua dan berumur kita semakin ‘hilang ingatan’, jadi macam budak-budak balik dan dihantui simtom ‘ketakutan’.

Mungkinkah ada kebenarannya?

Menurut catatan Lim Hong Siang di dalam satu artikelnya di laman MalaysiaKini, kegusaran sebenar yang menyelubungi masyarakat Cina dalam isu tulisan Jawi ini ialah orang Cina bimbang seandainya ‘pengenalan seni khat’ hanya langkah pertama, sebelum ‘pembelajaran tulisan Jawi’, yang berakhir dengan proses Islamisasi.

“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(al-Baqarah: 256)

Masyarakat Islam ditegakkan di atas asas kebebasan, kedamaian dan kesejahteraan sejagat. Seluruh ajarannya adalah satu sistem hidup yang syumul, menjamin kedamaian serta melindungi keselamatan agama, nyawa, akal, keturunan maruah dan harta benda warga masyarakatnya termasuklah orang bukan-Islam.

Islam agama toleransi. ‘Takut’ hanyalah satu persepsi!

‘Ketakutan’ ini muncul rentetan langkah kerajaan men’jelma’kan semula tulisan Jawi di dalam sistem pendidikan dan galakan menggunakannya di dalam institusi pentadbiran, perniagaan dan dalam kalangan masyarakat awam. Khusus buat generasi muda hari ini yang mungkin tidak tahu langsung menulis jauh sekali tahu membaca Jawi.

Seorang pakar tulisan Jawi berbangsa Korea, Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan Jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia. Walau bagaimanapun menurutnya, tulisan Jawi sedang ‘tenat’ dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

Menurutnya, “Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan Jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?”

Tulisan jawi sakit, DAP pula yang tenat?

Seorang penulis yang menggelarkan dirinya ‘senior editor’ telah membongkar ‘suatu rahsia’ yang agak menarik untuk kita renungkan bersama

Semasa PH memerintah 22 bulan imej DAP sangat teruk di mata rakyat terutamanya masyarakat Melayu dan orang-orang Islam. Perpaduan kaum menjadi robek dan musnah kerana sikap mereka apabila dapat kuasa yang ingin mencapai matlamat menguasai politik setelah mereka menguasai ekonomi.

Setelah PAS dan Umno memberikan sokongan kepada Muhyiddin membentuk Kerajaan Pakatan Nasional (PN), hanya dua bulan sahaja telah mampu menunjukkan prestasi yang baik mengatasi pentadbiran PH 22 bulan!

Kerajaan PN bersikap kerajaan rakyat menghargai keluhan hati rakyat mendengar rintihan dan melaksanakan apa yang pernah dijanjikan oleh kerajaan terdahulu.

Kedudukan Melayu dan Islam dikembalikan ketempat asal mengikut Perlembagaan dan jaminan untuk bukan-Islam serta bukan-Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Isu-isu kaum sudah reda dan tidak kedengaran lagi kerana tak ada menteri nak api-apikannya

PH risau, DAP lagi risau. Jadi mereka telah merancang suatu strategi.

Menurut ‘nujuman’ beliau, laskar siber PH akan memainkan peranan secara halus menyerang Kerajaan PN dan mereka akan memperbesarkan setiap perkara kecil dan remeh untuk memburukkan pimpinan PN termasuk mengadu domba dan menyebar fitnah.

Mereka akan cuba menunjukkan kebaikan PH dan DAP. Penulis-penulis upahan akan menyiarkan artikel-artikel yang menunjukkan kebaikan pimpinan PH dan DAP. Mereka akan mengketengahkan keperihatinan pimpinan DAP atau isu kehormanian, kedamaian, anti rasuah dan peri peduli terhadap Islam.

Itu sekadar pandangan peribadi hasil pemerhatian beliau. Terpulanglah kepada kita semua untuk membuat penilaian masing-masing. Apa paling penting misi kita semua pada masa ini, bersama-sama pertahankan ‘kerajaan berhati rakyat’ yang kita miliki ini.

Kita kini berada di saff kerajaan. Tiada lagi ‘rindu bayangan’ seolah-olah masih duduk di kerusi pembangkang. Kuasa sudah ada di tangan. Mari kita belajar menarik nafas panjang dan bertahanlah semampu daya dalam keributan yang sedang menggila.

Biarkan mereka ‘menyalak’. Jangan kita menyalak sama. Lagi kuat mereka ‘menyalak’, lagi jelas ‘ketakutan’ mereka. Pegang kuasa di tangan jangan sampai terlepas. Tutup mulut. Buat tak tahu. Jalan terus!

Biarkan anjing menyalak bukit. Bukit tak runtuh, anjing yang lumpuh.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”
(al-Baqarah: 120)

Semoga Allah memimpin kita semua dengan petunjuk-Nya

KHAULAH AL-AZWAR – HARAKAHDAILY 29/8/2020

Hibur Hibur Sikit

14 comments:

Anonymous said...

Ooo..DAP masih pegang kerajaan persekutuan rupanya..

Anonymous said...

Dulu timbalan menteri DAP dikecam, kini pemimpin PN pula pakai ‘baju komunis’
FAZLI RADZI

Antara hantaran di media sosial yang mengecam pakaian Chin Tong pada bulan-bulan awal pembentukan kerajaan Pakatan Harapan PH).

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong mempersoal tindakan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengenakan pakaian yang pernah didakwa menyerupai tentera komunis.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP itu berkata, beliau sebelum ini difitnah berbuat demikian ketika membuat pemeriksaan kawalan kuarter pada 2018.

“Dulu, saya difitnah kerana pakai baju korporat. Azwanddin pun belum bayar RM40,000 dari kes mahkamah.

“Sekarang pula, pemimpin PN pakai baju yang sama. Dah bukan baju komunis?” sindir Chin Tong lagi.

Dua tahun lalu, Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah memuat naik status di Facebook mendakwa Chin Tong dengan sengaja berpakaian seperti seragam komunis.

Walhal, pakaian itu adalah baju korporat rasmi (bush jacket) yang disediakan Kementerian Pertahanan kepada Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan untuk lawatan kerja khususnya membabitkan lawatan ke markas formasi dan kem.

Ekoran itu, Chin Tong memfailkan saman terhadap Azwanddin pada Disember tahun sama selepas Azwanddin pada mulanya enggan memohon maaf terhadap tuduhannya.

Namun, dia kemudiannya membuat permohonan maaf serta berjanji untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Chin Tong dan membayar RM40,000 kepadanya dalam tempoh 90 hari.

Anonymous said...

Senator Aiman Athirah Sabu membidas Mursyidul Am PAS Hashim Jasin (gambar atas) kerana mengumpamakan pelanggaran kuarantin Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali dengan kisah burung hud-hud dalam al-Quran.

Aiman, yang juga ketua Wanita Amanah, menyifatkan perbandingan itu sebagai "sangat semberono dan bersifat melampau" serta mengundang persepsi negatif kepada agama Islam.

"Perumpamaan itu juga tidak tepat, malah tidak cocok sama sekali.

"Pertama, kisah burung hud-hud yang diceritakan dalam al-Quran itu berlaku di luar pandemik atau pun wabak yang telah menjejaskan sekurang-kurangnya 25.1 juta orang dan membunuh sekurang-kurangnya 844,000 nyawa manusia di di seluruh dunia .

"Kedua, tiada arahan dan SOP kuarantin wajib 14 hari yang dikuatkuasakan pada masa itu oleh Nabi Sulaiman a.s sedangkan dunia hari ini umumnya telah menerima pakai peraturan dan SOP khusus sejak pandemik Covid-19 tercetus," katanya.

Tambah Aiman, tindakan undang-undang diambil kepada semua yang melanggar peraturan dan kesalahan tanpa mengira sama ada mereka rakyat biasa ataupun pemimpin-pemimpin negara.

Malah, katanya, sudah kurang lebih enam orang pemimpin beberapa buah negara terpaksa melepaskan jawatan dan kedudukan masing-masing dalam kerajaan akibat kesalahan ingkar arahan dan SOP Covid-19.

Aiman juga berkata Hashim tidak seharusnya menyalahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai gagal memakaikan gelang tangan merah jambu kepada Khairuddin.

"Sebagai seorang menteri kabinet, Khairuddin seharusnya lebih tahu dan sedar darihal perintah memakai gelang tangan merah jambu dan menjalani kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari luar negara memandangkan ini adalah keputusan kabinet.

"Maklumat ini juga telah selalu diwar-warkan oleh kerajaan melalui media massa sama ada cetak mahupun elektronik.

Anonymous said...

cadang semua ada nama dalam tulisan jawi pada my card dan surat beranak.
bak kata fron 'cradle to ....."
HIDUP JAWI

Anonymous said...

Bila Ketua Menteri Sarawak mahu mengarahkan peguam Majlis Bandaraya Kuching untuk mendakwa pemuda DAP yang membuat vandalisma kepada padan2 tanda jalan disekitar bandaraya Kuching?

Ianya kesalahan jelas dan sangat serius!

Dinasihatkan kepada Ketua Menteri Sarawak supaya cepat bertindak!

Anonymous said...

Bila pula mahkamah Pahang mahu mendakwa mereka2 yang MENCEROBOH tanah2 kerajaan?

Ianya boleh menjadi pengajaran kepada ramai bakal penceroboh2 yang sedang menunggu peluang!

Bertindaklah segera sebelum penceroboh2 menguasai tanah2 kerajaan Pahang dan memusnahkan segala2nya!


Anonymous said...

Tulisan cina dari negara cina. Dap tak perlu rasis. Boleh balik ke negara cina dan di sana bebas nak guna tulisan cina. Di sini tulisan jawi sudah berabad sejak zaman batu bersurat lagi. Mengapa rakyat tanah melayu perlu disekat dari menggunakan tulisan jawi. Dap jangan bersikap rasis. Yg mendatang perulajari tulisan jawi dan tak logik bumiputera belajar tulisan cina.

Anonymous said...

Bila saya sampai, saya nampak balai polis itu telah terbakar, hati saya luluh, saya hampir tidak mengenali anggota-anggota polis ini kerana kebanyakannya telah rentung, setelah ditembak, komunis membakar pula mayat mereka.

“Paling menyedihkan, mereka juga menembak hingga mati isteri dan anak-anak anggota ini, mayat mereka juga turut dibakar!,” kata Raj.

Anonymous said...

Sapa si bahlol yg sekat tulisan jawi adalah sapa yg perintah kera jaan pusat skrg

Anonymous said...

Balai polis mana ni?

Anonymous said...

Setelah menjahanamkan ekonomi negara sehingga pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia, pakar Kewayangan ini membisu selama berbulan-bulan masa kerajaan Gagalkrasi PH tumbang.

Setelah 10% kepentingan dia dalam projek terowong ajaib diketahui ramai, dia mula buat sidang media hampir tiap-tiap hari.

Kononnya sudah menjadi juara Rakyat.

Nak berjuang untuk Rakyat susah sekarang.

Tuduh kerajaan PN kedekut dan tuntut kerajaan tambah pakej bantuan dengan RM45 bilion.lagi untuk bantu Rakyat walaupun dulu masa dia Menteri dia kata Rakyat perlu korban, tiada istilah wang percuma sebab dia berulang kali tipu bahawa kerajaan sudah bankrap bawah BN.

Anonymous said...

Kenapa kalut sangat bila kaum cina x bersetuju dengan tulisan jawi, yang penting Melayu mesti pandai membaca Dan menulis jawi, langkah pertama diperingkat sekolah pendidikan Islam semestinya menggunakan jawi 100%. Kalau pendidikan Islam Guna jawi sepenuhnya takdak sebab bukan Islam nak menentangnya. Takdak Guna paksa kaum lain Guna jawi sedangkan Melayu sendiri x pandai menulis Dan membaca jawi..Pada Masa sama Melayu pun kena juga belajar Bahasa Dan tulisan kaum lain yg Ada dalam negara Kita, eloknya KPM wajibkan pelajar belajar Bahasa Melayu, Inggeris Dan Mandarin disekolah, tapi Hanya mewajibkan Lulus Kepujian Bahasa Melayu Untuk melayakkan mendapat sijil SPM..x rugi belajar banyak Bahasa.

Anonymous said...

Tulisan adalah kod rahsia sesuatu kaum..Kita paksa orang lain belajar kod rahsia bahasa Melayu iaitu tulisan jawi ramai Melayu juga x pandai menulis jawi.. pada Masa sama ramai Melayu x tahu apa yang ditulis dalam Bahasa Tamil Dan cina sedangkan hari2 Kita bergaul dengan mereka..siapa yang rugi

Anonymous said...

Okay. Skrg ko blh terjun sungai pahang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails