Tuesday, September 01, 2020

Ulamak pencetus semangat kemerdekaan – Idris

 

BUKIT GANTANG: Perjuangan para ulamak yang mendapat pendidikan Islam dari luar negara telah bangkit menzahirkan penentangan terhadap penjajah dan mencetuskan semangat kemerdekaan di Tanah Melayu sejak akhir abad ke-18 lagi.

Terutama kalangan yang mengikuti pengajian di Makkah, Mesir, India dan Indonesia, telah  pulang ke tanah air bukan sekadar mencurahkan ilmu, tetapi meniupkan semangat perjuangan kepada bangsa Melayu agar berdiri di atas kaki sendiri serta menjadi umat merdeka.

Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad berkata, para ulamak terdahulu seperti Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Tok Kenali, Raja Ali Kelana, Tok Janggut dan ramai lagi menggerakkan ummah yang kelesuan kerana kemiskinan dan sifat rendah diri agar bangun menjadi bangsa yang kuat.

“Serta mengambil alih kembali pemerintahan negara ini setelah dijajah sejak tahun 1511. Anak-anak muda hari ini mesti merenung kembali sejarah silam kerana selama ini diajar bahawa golongan nasionalis sahaja memperjuangkan kemerdekaan.

“Sedangkan fakta yang sebenar para alim ulamak yang merintis jalan kemerdekaan melalui seruan dakwah, penerbitan akhbar, majalah, risalah dan sebagainya,” ujar beliau pada program Ambang Merdeka Ke-63 anjuran Pusat Khidmat ADUN Kuala Sepetang di Kampung Matang, dekat sini semalam.

Tegasnya, golongan muda perlu disemai dengan semangat cintakan agama dan negara serta tidak terpengaruh dengan anasir-anasir yang sering menganggu-gugat kemakmuran Malaysia di mana tidak mustahil negara ini akan kembali terjajah jika leka dibuai nafsu dan keduniaan.

Turut hadir, Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Wan Mohd Isa Dato’ Wan Mohd Razali, Orang Besar Jajahan Kerian, Orang Kaya Shahbandar Paduka Indera, Ahmad Raziff Dato’ Seri Mohamad Zulkifli, Pegawai Daerah Taiping, Mohamed Akmal Dahalan dan ADUN Kuala Sepetang, Kamarudin Abu Bakar.

Pelbagai pengisian menarik diadakan seperti Tazkirah Merdeka oleh Ustaz Ahmad Fariz Jalaludin, selain deklamasi sajak, dendangan lagu-lagu patriotik dan cabutan bertuah kepada para hadirin. – HARAKAHDAILY 31/8/2020

Hibur Hibur Sikit

10 comments:

  1. Ulamak pasca merdeka memang hebat2. Mmg perjuangan diutamakan.
    Ulamak skrg ramai ular dlm semak atau menyalah-gunakan nama ulamak itu sendiri. Contoh bukti nyata , ularmak Pasumno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi RBA 8:15 bodoh berlapis-lapis, simpanlah sedikit kebodohan kamu untuk keturunan kamu sendiri.

      RBA ternakan gonna end tak basuh berak mempunyai penyakit mental yang kronik akibat dari penagihan dedak cap roket yang mengandungi daun ketum.

      Akibatnya, RBA bangsat ini:

      (1) melabelkan ulama Islam yang ikhlas berjuang menegakkan Islam sebagai 'ular dalam semak'

      (2) Ular-mak pandap yang menjilat telur gonna end kepala bapak kafir harbi roket dilabelkan sebagai 'ulama'.

      Menang jelas puak RBA sakit mental kronik sejak parti biaDAP dan khadam liberal kalah PRK 6-0 berturut-turut.

      Delete
    2. Prk 6-0. 1 pun xde kerusi Pas. Jd tukang sorak pun bangga. Ko x penat ke jadi bangang???

      Delete
  2. Dlm pan n pkr n dap ada ulamak ker..lgbtq,liberal,komunis,pluralism,syiah,wahabi,tamil tiger dll ramai ler..langsung tarak guna.cis..lg mau sembang..poooddaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timbalan speaker lantikan Pasumno pun lgbt. Ko xnak menyalak ke anjing??

      Delete
  3. Dlm pan n pkr n dap ada ulamak ker..lgbtq,liberal,komunis,pluralism,syiah,wahabi,tamil tiger dll ramai ler..langsung tarak guna.cis..lg mau sembang..poooddaahhhh

    ReplyDelete
  4. Ulama dulu berkorban duit ringgit, harta, kemewakan dan sanggup berperang sekali.
    Ulama sekarang (tahun 2010 ke atas) berebut duit ringgit , berebut harta, mempamerkan kemewahan dan sanggup memfitnah (kecuali almarhum TGNZ) dan ada juga ulama sekarang yang berebut isteri orang serta sanggup post gambar "pelir"
    Kenapa terjadinya begitu?
    Kerana kekurangan ilmu, bila pakai jubah serban orang panggil ostad.
    Ostad dulu hafal 30 juzuk,
    ostaz sekarang dok hafal jenama kereta.

    ReplyDelete
  5. Apa yg ularmak pasumno skrg perjuangkan?
    Hudud?
    Ruu355?
    Tutup kilang arak?
    Tutup kedai judi?
    Islamkan org?

    ReplyDelete
  6. Apa2 pun, ulamak adalah pewaris nabi. Banding dengan presiden pkr, pan dan dap, mereka perosak institusi keagamaan. Masih kekal tebal ilmu ulamak yg terima pendidikan agama di institusi keagamaan. Banding dengan bang non, sabu the syiah dan ustaz eng guan, mereka ini tentera iblis yg nyata. Ustaz eng guan baca kisah Umar Abd Aziz untuk umpan orng islam. Bang non mengajar tafsir hadis, entah dari mana tauliahnya. Mike Saban syiah dari iran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp ulamak suk bkn pewaris nabi. Tu mcm babi!

      Delete