Agensi Berita Rasmi Arab Saudi (SPA) memetik sumber Kementerian Luar sebagai berkata, negara itu mengutuk sebarang perlakuan ganas.
“Arab Saudi menyeru supaya kebebasan bersuara menjadi penyinar untuk saling hormat menghormati, toleransi dan keamanan,” kata sumber itu.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron mencetuskan kemarahan dunia Islam apabila mendakwa orang Islam sebagai penganut faham pemisah dan menyifatkan Islam sebagai agama krisis di seluruh dunia.
Kenyataan ini berlaku selepas tindakan provokasi Charlie Hebdo, sebuah majalah berhaluan kiri Perancis yang menyiarkan karikatur anti-Islam, mencetuskan lagi kemarahan umat Islam seluruh dunia.
Karikatur itu pertama kali disiarkan pada 2006 oleh akhbar Denmark, Jylllands Posten, mencetuskan siri tunjuk perasaan. – BERNAMA
Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.
No comments:
Post a Comment