Tuesday, October 13, 2020

Berita Palsu: Tahniah PDRM atas tindakan pantas. -Dr Kamarul Zaman.

 

Senarai 121 Ahli Parlimen adalah berita palsu?

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, Dato’ Huzir Bin Mohamed, semalam telah mengesahkan bahawa YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim telah diminta untuk hadir memberi keterangan ke atas kes penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Dua perkara penting yang membawa banyak makna yang ditegaskan oleh PDRM adalah:
(1) Orang ramai diminta agar tidak gusar dengan penyebaran berita tersebut.
(2) PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan berita palsu, tidak sahih dan mengelirukan orang ramai.

Lebih penting lagi adalah dua seksyen yang digunakan untuk menyiasat kes penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang menyokong YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim ini, iaitu Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan adalah berbunyi: “Barang siapa membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam supaya oleh yang demikian itu seseorang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap negara atau terhadap ketenteraman; hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.”

Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia pula adalah berbunyi: “Seseorang yang— (a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar— (i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan (ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; melakukan suatu kesalahan” yang, mengikut Seksyen 233 (3), “apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan”.

Begitulah beratnya kesalahan menyebarkan berita begitu.

Tahniah kita ucapkan kepada PDRM atas tindakan pantas mereka.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 13/10/2020

21 comments:

Anonymous said...

Jika bakal pm sudah menyebarkan berita palsu, adakah m'sia akan selamat jika terlantik jadi pm. Berita palsu jadi kluster baru di kalangan rakyat. Pilih dan sokong pm yg bersih rekod mahkamah dan akhlaq.

Anonymous said...

Wa`ima selepas mengadap Agong pagi tadi, DS Anwar TIADK menyenaraikan nama2 MP tersebut walau didesak oleh para wartawan luar dan dalam negeri!

PAS kaki FITNAH Pengikut Ajaran Syaitan. Itulah PAS!!!

Kau betul aku salah said...

Siapa yg sebar berita palsu? AI ke macai walauncai? Jangan gumbira sangat walaun..gelanggang masih dibuka..gendang masih dipalu, pahlawan masih berpencak..pantang undur sebelum rebah!

Anonymous said...

delete cepatttttttttt , ahli hamPAS sempat baca tuh

Anonymous said...


INI blog PEMFITNAH nombor wahid



Anonymous said...

Bertaubat la IH sementara ALLAH beri kesempatan

Anonymous said...

ibnu, ari ni naik kapalterbang pi istana ka? kah kah kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Jgn jd bogoh admin klau britau senarai senang ler nk nego nnt

Anonymous said...


Woi pi report bapak scamer kuncu2 Addy Kanna yg menipu makcik kiah tu lagi bepekdah weiii hamPASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS

Anonymous said...

Ada ke polis ketua agensi jabatan kerajaan menteri jadi penaong penjenayah2 dan scamers celaka tuh?

Lebai tau ke nih?

Anonymous said...

nampak macam terroris la yg muda tu

Anonymous said...

DS Anwar tidak memperincikan bilangan tepat jumlah sokongan dimilikinya atau identiti ahli parlimen yang menyokongnya, tetapi satu laman web tidak lama kemudian menyiarkan senarai 121 ahli parlimen dari semua parti yang dikatakan menyokongnya.

Semakan terkini mendapati senarai itu sudah tidak dapat diakses lagi dan ahli2 parlimen yang dinamakan dalam senarai itu dilaporkan menjauhkan diri mereka daripada dakwaan berkenaan, atau secara terbuka menafikannya.

***********************

Bukti HARAKAH PAS dan Doktor pemfitnah SEJATI!

Anonymous said...

Hoi RBA, masalahnya pahlawan Pee H sudah rebah sebelum gendang dipalu kerana pahlawan Kerala sudah tahu trick lama pahlawan Pee H.

Ha ha ha ha ha .....

Anonymous said...

Wah RBA meroyan histeria kerana pahlawan Pee H tumbang sebelum gendang dipalu.

Ha ha ha ha ha

Unknown said...

Tungguuuuuu..

Unknown said...

Tunggu kebijaksanaan YDPA.. Langkah Sheraton boleh... Langkah DSAI pun bolehlah

Anonymous said...

Tumpu kebajikan rakyat, keselamatan dan ekonomi - PM.

PM Din Pagoh nampak bergitu ceria sekali ketika mengadakan sidang media sebentar tadi! Mungkin beliau juga sedang memikirkan tentang kisah seorang ketua pembangkanag yang berjumpa YDPA dengan berlenggang kangkung, hanya membawa dua butir tulur yang sudah lanjut?

Jom sama2 benteras COVID-19!!!

Kau betul aku salah said...

Bawak telo lagi macho hensem kacak dri x de telo macam lobai kangkang hahaha..ibarat menjual kambing jangan di tunjuk dedepan musang, kelak di bahamnya seekor2 kambing2 tu..


Walaun mana faham strategi huhuhu

Kau betul aku salah said...

Ot95 jugak yg dipetik walaun..hahaha..walaun ni tengah lemas..ibarat tak dpt pelampung, taik pun di gapai2 hahaha..

Unknown said...

Alahai...kesiannya bang non..dulu pm tepi..la ni..tak tau nak cakap apa dah...sampai tergadai maruah..menjadi cacatan sekajah tanah melayu..

Kau betul aku salah said...

Kesian la diri ko sendiri dlu di bodohkan pemimpin masih ngeh² mengangguk agaknya kalau di beri air kaki kata air penawar pun masih diminumnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails