Thursday, October 15, 2020

Elbasan Tava 3: Resipi Masakan Turki

 

Anatolia, yang telah menjadi tuan rumah banyak tamadun yang berbeza sepanjang sejarah, mempunyai sejarah dan budaya yang kaya. Sudah tentu, kekayaan ini banyak mempengaruhi budaya masakan Turki. 

Atas sebab ini; anda akan menemui hidangan dengan rasa yang berbeza yang dibuat dari bahan yang berbeza dari utara hingga ke selatan dan dari timur hingga ke barat. Di kawasan Tenggara, makanan diilhami oleh budaya Arab, dimasak lebih pedas, menggunakan lebih banyak pes dan rempah; sedangkan di sebelah barat adalah mungkin untuk anda melihat masakan negara-negara Balkan dan Mediterania. 

Hari ini, kami akan berkongsi dengan anda resipi "Elbasan Tava" yang merupakan hidangan bersejarah yang mempunyai jejak mulai dari Balkan; kemudian Albania, dan  dapur istana Uthmaniyyah. Makanan yang mengandungi banyak produk susu boleh dikatakan berasal daripada negara-negara Balkan dan kemudian sampai ke dapur Turki. 

Memandangkan banyaknya yogurt yang digunakan dalam masakan Elbasan Tava, jelas bahawa pengaruh budaya masakan Balkan sangat kental. Sekarang, jika anda sudah bersedia, kami boleh memberi resipi masakan ini.


Untuk membuat Elbasan Tava, mari terlebih dahulu kita sediakan bahan-bahannya:

4 sudu mentega

2 sudu minyak

1 kg. daging kambing bertulang

10 bawang merah

½ sudu teh garam

2 cawan yogurt

2 kuning telur

3/4 cawan tepung

1 sudu teh cili kering

½ sudu teh lada hitam

1 cawan teh air

Kini tiba masanya kita memasak. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk, letakkan daging dalam periuk, biarkan tergoring. Selepas daging matang tergoring tambahkan bawang merah. Tambahkan air panas sehingga daging terendam dan masukkan garam. 

Kecilkan api dan masak kira-kira sejam sehingga daging lembut. Sementara daging dimasak, pada wadah lain campurkan yogurt, kuning telur, tepung dan air. Selepas daging masak, lepaskan tulang-tulangnya dan tata bersama bawang-bawang merah pada dulang. 

Taburkan lada hitam bubuk dan cili bubuk diatasnya. Siramkan  campuran yogurt di atasnya. Masak pada ketuhar 180 darjah kira-kira 15 minit sehingga daging berwarna coklat keemasan. Masakan Elbasan Tava anda kini siap. Selamat makan!


Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi ‘’Elbasan Tava'', salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.

Selamat Menikmati ... 

Tunggu citarasa hidangan Turki yang lain pula.

(Weblog Ibnu Hasyim)

Lihat sebelum ini..

Hibur Hibur Sikit:  H2S Pilihan: 14 -Turkish Nasheed

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails