Menurut Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad, tindakan yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Liu memberikan satu pengajaran dan iktibar kepada orang ramai.
“Kita tidak mahu trend ini akan menjadi satu budaya di dalam masyarakat,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Selain menyentuh isu tentang penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, kata Ustaz Idris banyak lagi isu berbangkit yang dilontarkan dalam platform media sosial yang dijadikan medium untuk menzahirkan fitnah dan hasutan.
“Kita harapkan PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan yang segera kerana budaya ini dilihat semakin rancak berlaku.
“Kita bimbang ianya akan menimbulkan ketidaktenteraman kepada negara suatu masa nanti,” ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau berharap supaya pihak bertanggungjawab dan pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Kita harap apa yang berlaku dibawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan berkenaan dengan kenyataan Ronnie Liu ini,” katanya.
Pada 28 Oktober lalu, Adun Sungai Pelek Ronnie Liu Tian telah disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung tindakannya memuat naik status di media sosial yang didakwa mempunyai kecenderungan untuk menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun Liu dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama setelah diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Selain Liu, beberapa lagi individu turut disiasat berhubung penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong menerusi media sosial.
Liu dilaporkan memuat naik status Facebook: “Now in Bangkok. They Are Saying No to the King” sebelum bertindak memadam status itu. – HARAKAHDAILY 30/10/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setuju dengan cadangan Senator Ustaz Idris Ahmad, bahawa 'Hina raja, usah biar menular', walaupun kemudian pelakunya takut dan memadamnya..
Oh ya, siasat juga MP Pasir Gudang.
10 comments:
Ada berani
Bro..jgn Jadi barua politik.yg dok pertikai kuasa agong tu..apa cerita bro.lagi bangsat punya peguam..
Banyak hal penting lagi. Yg Agong dah putuskan, patuh jer. Sekarang masa bekerja. Hal covid dan kelembapan ekonomi perlukan lebih tumpuan. Bab fitnah ni semua dah faham dari siapa datangnya. Hanya dap dan khadamnya saja yg pakar dlm jurusan ini. Dapat 22 bulan, rakyat jadi gelisah.
Ronie ni ada penyokong. Jika tak disiasat, penyokongnya akan ikut jejak langkahnya. Jadi elok sekat sebelum jadi covid sungai jelek yg bawa virus derhaka.
Yg ckp sultan ganu natang dlu pun, sila siasat jgk.
Pun siasat juga. Tapi yg lebih bahya ada waris faham komunisme.
Mereka mahu jawi dihapuskan, mereka mahu islam dibuang dari perlembagaan, tapi mereka tidak mahu sekolah vernacular dihapuskan.
Siasat jgk peguam yg nak saman Agong.
Termasuk rais yatim yg pertikaikan keputusan Agong.
Yaa.. siasat jgk pihak yg pertikaikan kuasa Agong beri pengampunan diraja terhadap Anwar!
Masukkan rais ke penjara jika salah. Masukkan ronie ke penjara jika salah. Biar mereka bersahabat. Peguam yg saman mungkin berfahaman liberal, juga elok siasat. Tahniah, Pas tetap bersih.
Post a Comment