Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini belum ada tangkapan dibuat namun pihaknya telah menerima 17 laporan polis berhubung gerakan itu.
Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Johor, di sini semalam.
Katanya HTM juga berada di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
“Ideologi fahaman Hizbut Tahrir melalui HTM (dilihat) menolak demokrasi dan melabelkan kerajaan Malaysia sebagai kerajaan kufur, kafir dan sebagainya yang wajib diguling menggunakan kekerasan tetapi setakat ini belum ada aksi atau tindakan ke arah seperti saya sebutkan tadi (kekerasan),” katanya.
Jelasnya kumpulan itu dipercayai bergerak aktif sejak 2005 dan mempunyai kira-kira 80 pengikut di Johor.
Kumpulan itu juga dipercayai merekrut ahli daripada golongan berpendidikan termasuk profesional serta menjadikan markas mereka di Skudai sebagai pusat penyebaran fahaman.
Semalam, MAINJ dilaporkan sebagai menolak sebarang bentuk perbincangan dan pertemuan dengan mana-mana kumpulan yang berkait dengan fahaman Hizbut Tahrir, selaras dengan fatwa yang diwartakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada Oktober tahun lepas. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Antara tuduhan terhadap Hizbut Tahrir yang disebutkan..
(i). Menurut sumber di atas, “Ideologi fahaman Hizbut Tahrir melalui HTM (dilihat) menolak demokrasi dan melabelkan kerajaan Malaysia sebagai kerajaan kufur, kafir dan sebagainya yang wajib diguling menggunakan kekerasan tetapi setakat ini belum ada aksi atau tindakan ke arah seperti saya sebutkan tadi (kekerasan),”
(ii). Menurut sumber lain pula,
"Pada Rabu, Jabatan Agama Islam Johor bersama Jabatan Mufti Johor memaklumkan pihak mereka menolak sekeras-kerasnya fahaman Hizbut Tahrir yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
No comments:
Post a Comment