Kenapa tidak wakil PAS di Sabah?
SETIAUSAHA Agung BN, Tan Sri Anuar Musa dan Pengerusi BERSATU Terengganu, Razali Idris semalam mencadangkan agar Kerajaan Negeri GRS Sabah pertimbangkan untuk mengambil calon dari PAS Sabah sebagai ADUN yang dilantik dan mungkin diangkat masuk ke dalam kabinet negeri.
Sabah satu-satunya negeri di Malaysia yang Perlembagaan Negerinya membenarkan kerajaan negeri melantik 6 ADUN tambahan sebagai penyokong kerajaan.
Jika cadangan ini diterima, sejarah akan tercipta bila mana PAS buat pertama kali duduk dalam arus perdana pemerintahan Kerajaan Negeri Sabah.
Hak melantik ini terletak atas kerajaan negeri. Kerajaan Negeri Sabah yang baru dibentuk adalah kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah yang menggabungkan Barisan Nasional Sabah, Perikatan Nasional Sabah dan Parti Bersatu Sabah (PBS). PAS menganggotai PN Sabah. Lantas jika pun wakil PAS dilantik sebagai ADUN tambahan ianya bukanlah luarbiasa memandangkan PAS merupakan komponan GRS dan terlibat aktif dalam memenangkan calon-calon GRS dalam Pilihan Raya Negeri baru-baru ini.
PAS kini sebahagian dari Kerajaan Persekutuan dengan 3 wakilnya bertaraf Menteri dan 5 Timbalan Menteri, selain itu PAS menerajui Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, duduk dalam kabinet negeri Perak dan menjadi mesra kerajaan di Pahang, Perlis, Johor dan Melaka.
Suka tidak suka itulah realitinya dan rakyat Sabah berhak menerima wakil PAS dalam kerajaan untuk dinilai dan dikenali.
Yang akan gusar dan menolak kehadiran PAS sudah pastilah musuhnya yang juga musuh GRS iaitu WARISAN Plus. Pelbagai alasan akan dipetik untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah terhadap parti yang berusia lebih 60 tahun ini.
Seorang ADUN DAP Sabah, Jannie Lasimbang contohnya dipetik sebagai berkata:
“PAS selalu mengambil pandangan melampau yang didakwa akan memudaratkan semua agama, termasuk Islam, Kristian, Buddha, Tao, Hindu atau kepercayaan orang asal.”
“PAS adalah parti ultra-Melayu yang tidak menegakkan atau menghormati pluraliti budaya.”
Cuba tanya masyarakat bukan-Islam di Kelantan, Terengganu dan Kedah adakah kehidupan mereka terancam di negeri-negeri yang dikuasai PAS? Benarkah PAS tidak menghormati pluraliti budaya sebagaimana dituduh ADUN DAP ini?
Di Kelantan umpamanya terdapat sebuah Wat Buddha yang dibina patung Buddha yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan masyarakat Buddha khasnya berketurunan Siam bebas mengamalkan agama mereka, begitu juga penganut Krisitian dan Hindu. Kenapa agama-agama ini bebas di Kelantan jika benar PAS pelampau dan memudaratkan agama lain?
Menteri Besar Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing melantik seorang Pegawai Khas bukan Melayu duduk di Pejabat Menteri Besar, jika benar fitnah ADUN DAP ini mungkinkah mereka ini dilantik?
PAS Sabah diterajui oleh anak-anak negeri Sabah yang terdiri dari pelbagai latarbelakang termasuklah ulamak dan profesional, sudah pasti mereka lebih mengenali adat dan budaya Sabah kerana mereka anak-anak tempatan.
DAP sendiri parti berasal dari Semenanjung Malaysia, sejauh manakah DAP di Semenanjung toleran terhadap orang-orang Melayu dan umat Islam di negeri-negeri yang mereka perintah?
Politik fitnah dan adu-domba adalah politik longkang yang kononnya turut diselar Pakatan Harapan dan DAP, malangnya mereka juga sebenarnya penganut dan pengamalnya.
Biarlah rakyat Sabah melihat dan menilai sendiri kemampuan dan prestasi PAS di negeri mereka. DAP duduklah sebagai pembangkang yang konstruktif, jangan menjadi penjaja fitnah dan penghasut.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, insya Allah!
1 comment:
RUGI TAK BACA: KOMEN PADU RESPON KEPADA STATUS FB DATO NOOR HISHAM INI.

Komen salah seorang pengguna FB:
Dato Noor Hisham, i beg to differ...
Peningkatan kes Covid-19
Yang melompat parti sehingga menyebabkan kerajaan Negeri jatuh ialah ahli politik.
Yang mengadakan pilihanraya sewaktu musim Covid-19 pun ahli politik.
Yang pergi berkempen dalam keadaan risiko penyebaran Covid-19 pun ahli politik.
Walaupun orang ramai bising dan pakar perubatan melarang namun mereka tetap buat juga.
Yang tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari Sabah pun ialah ahli politik.
Yang menyebabkan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 sampai 260 kes pada hari ini pun adalah berpunca dari ahli politik.
Tetapi jika berlaku semula PKP yang ketat atau dilaksanakan PKPD maka yang susahnya ialah rakyat.
Yang dibuang kerja, yang tidak cukup makan minum dan dibebani hutang ialah rakyat.
Ahli politik? Mereka gaji jalan, elaun puluh ribu.
Rasuah dan simpanan duit berjuta.
Tidak ada ahli politik ini yang memikirkan soal rakyat.
Jika ada nescaya mereka tidak akan pergi ke Sabah, membuat bermacam hal semasa PKP dan penyebaran covid-19 ini.
Cukuplah menjadi bodoh, walaun, macai dan berhentilah menjadi penyokong politik!
Babi lebih memberi manfaat kepada manusia daripada ahli politik!
Post a Comment