Boikot produk Perancis tanda protes sentimen anti-Islam
DOHA - Gesaan untuk memboikot produk Perancis semakin meningkat di rantau Arab dan negara Muslim beberapa hari selepas Presiden Perancis, Emmanuel Macron dengan angkuh menyatakan negara itu tidak akan melarang karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Hashtag #BoycottFrenchProducts turut menjadi trending di Twitter sebagai tanda protes terhadap sentimen anti-Islam yang kembali meningkat di Paris susulan kejadian seorang guru dipenggal kerana tindakan biadabnya menunjukkan karikatur Nabi.
Pengguna media sosial turut menukar gambar profil mereka dengan sepanduk ‘Muhammad pesuruh ALLAH’ sebagai bantahan terhadap kenyataan Macron yang mempersendakan Rasulullah pada Rabu lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Paris telah memanggil semula Duta Perancis ke Turki selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan menegaskan Macron perlu melakukan pemeriksaan mental kerana berikrar untuk mempertahankan nilai sekular dan memerangi radikal Islam.
Sementara itu, gerakan Hamas dalam satu kenyataan menyifatkan perbuatan menghina agama dan Nabi bukan satu bentuk kebebasan bersuara sebaliknya ia mempromosikan budaya kebencian terhadap Islam.
“Pendirian Macron yang menggalakkan penerbitan karikatur Nabi Muhammad adalah cubaan untuk menghidupkan semula Perang Salib yang pernah dicetuskan Perancis sebelum ini,” kata jurucakapnya, Sami Abu Zuhri. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setuju dengan kenyataan yang menyifatkan perbuatan menghina agama dan Nabi SAW bukan satu bentuk kebebasan bersuara sebaliknya ia mempromosikan budaya kebencian terhadap Islam. Apalagi dalam suasana Malaysia masakini dan mendatang.
Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.
5 comments:
kita rakyat marhaen tidak tahu sangat..apa - apa barang yang diimport dari Perancis selain kereta Citroen dan beberapa barangan makanan dan minuman keras.Hal ini perlu kerjasama kementerian yang berkaitan.Usah boikot yang tak tentu pasal.Kita juga mungkin ada hubungan dagang dengan mereka.
Adakah hubungan dagang lebih utama dari Nabi Muhammad S.A.W. ? Bukankah sikap puak munafiqun yang suka berpura-pura beragama Islam sedangkan hati mencintai musuh Islam dan ingin melihat Islam dan umat Islam ditindas oleh musuh Islam ?
Bukankah puak roket akan merasa gembira melihat sikap Presiden Perancis menyebelahi orang yang menghina Rasulullah S.A.W. ???
Mereka kata kebebasan bersuara. Kalau caci agama orang lain, itu bukan kebebasan bersuara. Pandai2 lah pilih isu. Belum jumpa lagi orang islam caci agama lain seperti buddha, atau hindu atau confusious, atau mana2 agama. Wajar sangat boikot sebagai tanda protes.
Salahker ulamak beli merc vellfire. Jangan duduk pinggir hutan. Islam galakkan umatnya kaya raya dengan cara bersih. Kaya tapi bukan ikut terowong.
Post a Comment