Sabah bukan hak kepunyaan DAP
CUKUP kuat penghasut dan pengadu-domba puak DAP ini. Pelantikan Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan sebagai salah seorang ADUN lantikkan Kerajaan GRS Negeri Sabah dianggap sebagai suatu yang memudaratkan rakyat dan Negeri Sabah.
DAP Sabah mendesak agar PBS dan STAR keluar dan meninggalkan Kerajaan Negeri GRS. Jelas kekalahan dan kegagalan WARISAN Plus dalam PRU Negeri tempoh hari masih menghantui DAP. Mereka perlu matang menerima keputusan rakyat dan tidak menjadi batu api menyemai benih kebencian. Kerajaan GRS diberi mandat oleh rakyat. Rakyat menolak WARISAN Plus dari kekal memerintah.
PAS telah wujud dan bergerak di Sabah sejak 1986 iaitu 34 tahun lalu. Dalam PRU Negeri baru-baru ini PAS menyertai GRS, walaupun tidak bertanding namun jentera PAS giat membantu calon-calon GRS.
Lalu apabila GRS menang dan punya majoriti membentuk kerajaan, apa salahnya wakil PAS dilantik sebagai salah seorang ADUN yang dilantik? Apa ada kena mengena dengan DAP yang duduk di bangku pembangkang?
Ini negara demokrasi dan semua pihak bebas bergerak dan memegang jawatan tanpa didiskriminasi. Jika rakyat Sabah tidak ramai yang mengenali PAS maka dengan adanya Dr Ali dalam kerajaan berpeluanglah mereka melihat dan menilai prestasi kepimpinan PAS.
Yang tuduh PAS ekstrem adalah DAP sedang PAS tidak begitu. Masyarakat bukan-Islam bolehlah bersuai-kenal dan berforum dengan Dr Ali, anak negeri Sabah yang cukup berpengalaman dan berpendidikan setelah kini beliau dalam kerajaan mewakili PAS.
Sijil-sijilnya akademiknya semuanya sah dan diiktiraf kerajaan. Biar segala fitnah dan momokkan jahat DAP dapat terbongkar. PAS punya rekod kepimpinan yang baik di Kedah, Kelantan dan Terengganu selain 3 Menteri dan 5 Timbalan Menteri di Pusat.
Berilah peluang pada PAS dan jangan termakan racun yang ditabur DAP itu. Yang jahat, rasis dan cauvinis itu bukannya PAS tetapi DAP.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 8/10/2020
4 comments:
Kamu yang memilih untuk menjadi bidak bidak percaturan zionis illuminati freemason, jadi bersedialah untuk terkorban / dikorbankan
Tak perlu layan dap ni. Memang anti islam sejak dulu lagi. Dap dan anti islam berpisah tiada. Semoga pas buka lembaran baru di sabah dengan membawa misi bersih dan sifar rasuah.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.
Sehubungan itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober 2020, InshaAllah.
Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.
Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
ANWAR IBRAHIM
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi ke Twitter
Kongsi ke Facebook
Soalan:
Mengapa ramai pemimpin lama dan ahli lama yang sangat setia telah meninggalkan presiden Parti Kencing Rakyat ?
Jawapan:
Kerana mereka telah dikencing hancing berulang kali oleh presiden Parti Kencing Rakyat.
Kesimpulan:
Hanya manusia bodoh berlapis-lapis suka dikencing hancing berulang-kali oleh presiden Parti Kencing Rakyat.
Post a Comment