Bahaya besar menanti DAP, Amanah sekiranya ahli Parlimen Umno sokong Anwar, kata penganalisis
PETALING JAYA: Amanah dan DAP akan terkesan teruk sekiranya Presiden PKR, Anwar Ibrahim, membentuk kerajaan dengan sokongan ahli Parlimen Umno, menurut penganalisis.
Mohd Izani Mohd Zain dari Universiti Putra Malaysia dan Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia percaya penyokong masing-masing akan menjauhi kedua-dua parti itu sekiranya dilihat bekerjasama dengan Umno, parti yang dimomok-momokkan.
“Umno dan DAP seperti air dan minyak; mereka tak bercampur,” kata Kamarul, yang melihat tidak akan ada perbezaan sekalipun ahli Parlimen Umno yang menyokong Anwar tidak termasuk mereka yang menghadapi perbicaraan.
Minggu lalu, Anwar mengumumkan mendapat sokongan untuk membentuk kerajaan baharu, tetapi belum mendedahkan nama ahli Parlimen yang menyokongnya.
Presiden Umno, Zahid Hamidi, seolah-olah mengesahkan dakwaan Anwar apabila beliau berkata banyak ahli Parlimen partinya menyokong presiden PKR itu menjadi perdana menteri. Veteren DAP, Lim Kit Siang pula berkata, Anwar meyakinkan beliau tidak akan ada perjanjian dibuat dengan watak-watak kontroversi dalam Umno.
Kamarul bagaimanapun berkata tiada perbezaan sama ada perjanjian dibuat atau pun tidak dengan watak-watak kontroversi itu, kerana sebarang bentuk hubungan kerja dengan Umno boleh menyebabkan DAP dan Amanah hilang sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya akan datang.
Tambahnya, PKR mungkin akan dapat meraih sokongan pengundi Melayu sekiranya rancangan Anwar menjadi, tetapi ia boleh hilang sokongan pengundi yang percaya akan rancangan parti itu untuk membersihkan negara daripada kleptokrat. Izani percaya PKR, DAP, dan Amanah akan diserang sekiranya bekerjasama dengan watak-watak Umno walaupun hakikatnya PKR perlukan sokongan orang Melayu untuk berjaya.
“Mereka akan berdepan isu sokongan pada pilihan raya umum ke-15,” katanya.
“Amanah akhirnya akan jadi parti yang paling lemah. Parti itu akan tidak lagi relevan sekiranya Anwar dapat sokongan orang Melayu melalui Umno.”
Namun, James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berbeza pendapat, mengatakan Pakatan Harapan masih boleh mendapat sokongan orang bukan Melayu memandangkan satu-satunya alternatif adalah Perikatan Nasional, yang bertumpuan Melayu.
“Sudah tentu, PKR akan raih (sokongan) paling banyak kerana Anwar akan menjadi perdana menteri,” katanya kepada FMT.
Chin berkata DAP kemungkinan tidak akan diberi banyak jawatan menteri kerana Anwar memberikan petunjuk kerajaan baharu itu akan menjadi kerajaan majoriti Melayu.
“Tapi saya rasa DAP akan ikut rancangan Anwar sebab parti itu mahu kembali bersama kerajaan dan berusaha membawa perubahan,” katanya.
Beliau menambah Amanah juga akan dapat manfaat daripada akses ke sumber kerajaan dan kemungkinan masih mendapat undi daripada golongan yang dikatakan progresif.
(http://gigitankerengga.blogspot.com)
2 comments:
Yg bahaya... Kerajaan pn.. Lah
Bahaya kepada yang main dua kolam
Post a Comment