Mengisi sayur-sayuran atau menggulung sesuatu di daun-daun tumbuhan, merupakan cara memasak yang sering digunakan di seluruh dunia.
Ada yang menggunakan daun jagung dan daun pisang seperti di Amerika Tengah dan Selatan, dan ada yang menggunakan daun kelapa atau daun buluh seperti di Timur Jauh. Sedangkan di Turki, hampir semua sayur-sayuran boleh diisi.
Mulai dari terung hingga artichoke; dari kubis hingga tomato; dari chili hingga labu, orang-orang Turki boleh membuat makanan dengan mengisi segalanya. Salah satu makanan yang menarik adalah bunga labu isi. Pada masakan Mediterranean, Itali atau Greece, bunga labu biasanya diiisi dengan keju kemudian digoreng.
Sedangkan di Turki, ia diisi dengan beras yang telah diperkaya dengan rempah-rempah dan dimasak di dalam periuk. Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana membuat bunga zucchini isi atau Kabak Çiçeği Dolması yang dimasak di wilayah Aegean dan Mediterranean, kami akan memberikan resipinya.
Untuk membuat bunga zucchini yang diisi, mari kita mengira bahan-bahannya terlebih dahulu;
30 bunga labu
2 bawang kecil yang dicincang
1 gelas teh minyak zaitun
1 tomato parut
1,5 cawan beras
1/2 cawan air panas
1/4 ikat Dill dicincang halus
1 sudu teh pudina kering
1/3 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada hitam
Pertama, keluarkan bahagian hijau pada ujung bunga zucchini satu demi satu. Ambil bahagian kuning bunga dengan teliti tanpa merosakkan daun. Masukkan separuh daripada minyak zaitun dalam periuk besar dan biarkan panas. Tumis bawang sehingga lembut. Basuh beras dan longkang air yang berlebihan, kemudian dimasukkan ke dalam kuali, terus tumis dengan bawang hingga warna berubah. Tambah tomato parut dan campurkan. Kemudian masukkan lada hitam, garam dan pudina kering. Masak beras dan bawang tumis dengan ½ cawan air panas pada api yang sederhana sehingga air surut. Matikan api dan biarkan sejuk. Tambah daun dill cincang dan kacau merata.
Ambil sedikit bahan isi yang telah sejuk tadi dan masukkan ke dalam bahagian dalam bunga. Lipat bunga bahagian atas ke dalam dan letakkan dalam periuk. Tambahkan sisa minyak zaitun dan air suam. Letakkan pinggan yang agak berat agar dolma tidak berantakan. Tutup periuk dan masak dalam api kecil 10-15 minit. Hidangkan selagi panas atau sejuk dengan irisan lemon. Selamat Menikmati.
Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi ‘’ kabak çiçeği dolması'', salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.
Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.
Selamat Menikmati ...
Tunggu citarasa hidangan Turki yang lain pula.
(Weblog Ibnu Hasyim)
Lihat sebelum ini..
- 1. Bebola Berkuah (Sulu Köfte)1: Atas Nama Islam Sokon...
- 2. Kabak Çiçeği Dolması (Isi Bunga Zucchini ) 2: Resi...
No comments:
Post a Comment