Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Place de la Republique di Paris sebagai menyatakan solidariti terhadap kematian Samuel Paty yang dipenggal kepala pada Jumaat lalu. - Foto AFP
Penunjuk perasaan tidak takut ancaman susulan guru dipenggal kepala
PARIS: Ribuan penunjuk perasaan membanjiri Paris dan bandar di seluruh Perancis pada Ahad sebagai solidariti terhadap guru yang dipenggal kepala kerana mempamerkan kartun berwajah Nabi Muhammad.
Penunjuk perasaan di Place de la Republique memegang poster sambil melaungkan 'tidak perlu pemikiran totaliterisme' dan 'saya seorang guru' bagi mengenang rakan sekerja, Samuel Paty yang dibunuh.
"Anda tidak menakutkan kami. Kami tidak takut. Anda tidak akan memecah-belahkan kami. Kami adalah Perancis," menurut Perdana Menteri, Jean Castex dalam Twitternya dan turut menyertai demonstrasi Paris.
Selain itu, Menteri Pendidikan, Jean-Michel Blanquer; Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo dan Menteri Dalam Negeri, Marlene Schiappa dan ahli politik parti lain turut menyertai demonstrasi dengan melaungkan sokongan kepada guru, sekularisme dan kebebasan bersuara.
Sebelum ini, pada 2015 seorang lelaki membunuh 12 orang yang bekerja di syarikat penerbitan majalah sensasi, Charlie Hebdo kerana menerbitkan karikatur Nabi Muhammad.
Pihak berkuasa tempatan berkata sekurang-kurangnya 12,000 orang terbabit dalam tunjuk perasaan itu di Lyon, timur Perancis, dan 5,000 orang di Toulouse, malah ratusan lagi berkumpul di Nice, di mana pada 2016 seorang lelaki membunuh 86 orang pada hari cuti umum, 14 Julai.
Terdapat juga demonstrasi lain di Strasbourg, di Lille dan di bandar selatan Marseille dan Montpellier.
Jumaat lalu, Paty dibunuh dalam perjalanan pulang dari sekolah di pinggir barat laut Paris.
Foto guru dan mesej yang mengakui pembunuhannya dijumpai di telefon bimbit pembunuhnya, Chechen Abdullakh Anzorov, 18, yang ditembak mati oleh polis.
Saksi mengatakan suspek ditemui di sekolah itu pada Jumaat lalu, dan bertanyakan kepada murid di mana dia boleh menemui Paty.
Kemudian, Sabtu lalu, pendakwa antikeganasan, Jean-Francois Ricard mengatakan Paty menjadi sasaran ancaman dalam talian kerana menunjukkan kartun itu dalam kelas siviknya yang dianggap oleh umat Islam tidak sepatutnya dilakukan.
Ini berikutan, seorang bapa kepada murid sekolah itu melancarkan gerakan dalam talian dengan memaparkan nama dan alamat sekolah berkenaan serta meminta guru berkenaan dipecat.
Lelaki berkenaan dikatakan terbabit dalam keganasan dan turut ditahan bersama empat ahli keluarga Anzorov.
Kedutaan Russia menyatakan keluarga tertuduh tiba di Perancis dari Chechnya ketika tertuduh berusia enam tahun untuk mendapatkan suaka.
Penduduk menggambarkan tertuduh sering bergaduh tetapi berkurangan selepas semakin beragama sejak beberapa tahun lalu.
Menurut pentadbiran sekolah, Paty membenarkan pelajar Muslim untuk meninggalkan kelas sebelum dia menunjukkan gambar itu kerana tidak mahu menyakiti perasaan pelajarnya.
Rektor masjid di Lyon, Kamel Kabtane berkata Paty melakukan tugasannya dan menghormati dalam melaksanakannya. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. Lihat.. *Pancung kepala guru yang tunjuk kartun Nabi.. Waja...
Ingat Rasulullah SAW pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan aurat seorang Muslimah.
Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-dipijak.
klu bang non jadi PM ke 9 ko org rase camneer..!? ko org agak Islam kat Mesia jadi cmner pula kena leceh kan lagi ader ler...
ReplyDeleteHarga sebuah kebebasan bersuara?
ReplyDeleteKebebasan suara bukan tiket untuk menghina!
Orang bodoh sahaja menyokong pemimpin liberal yang menganut ajaran sesat 'Matlamat Menghalalkan Cara'.
ReplyDelete