Wednesday, October 07, 2020

Kebarangkalian ayat Quran dan Hadis diselewengkan...

 

JAKIM diminta ambil tindakan akaun Twitter palsu

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu membabitkan satu akaun Twitter palsu yang menggunakan nama dan logo jabatan itu.

Menerusi Twitter rasminya, beliau turut meminta orang ramai membuat laporan terhadap akaun palsu itu. 

@MYJAKIM boleh ambil tindakan sewajarnya untuk akaun palsu @MYJAKIM. Kita sama-sama lapor akaun palsu ini,” katanya. 

Terdahulu, seorang pengguna Twitter Rafidah Hanim Mokhtar menerusi ciapan di akaun  Twitter  miliknya  memaklumkan JAKIM bahawa akaun ‘parodi’ itu menggunakan nama dan logo yang sama kecuali ejaan akaun palsu ini dengan huruf L kecil menggantikan huruf I besar dalam akaun asal. 

“Kebarangkalian ayat Quran dan Hadeeth (hadis) diselewengkan atas nama parodi adalah tinggi,” katanya. – BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Kita tau puak mana yg biasa selewengkan Alquran dan hadis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails