Guan Eng dimalukan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
Kes saman Dato Seri Panglima Azeez Rahim terhadap Lim Guan Eng berjalan semalam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Plaintif yang diwakili oleh Peguam Dato Seri Jaharbardeen Bin Mohamed Yunoos menyoal Lim Guan Eng di kandang saksi.
Terdapat 18 kenyataan fitnah terhadap plaintif yang dibuat pada 28 Februari 2018 di Komtar, Majlis Tahun Baru Cina dan di dalam hantaran facebooknya.
Menurut Lim, ketika membuat kenyataan Azeez menerima suapan berjumlah RM3 juta sebagai perundingan daripada pemaju terowong dasar laut, dia merujuk kepada laporan MalaysiaKini dan demand letter dari sebuah syarikat guaman.
Tetapi bila disoal adakah dia ada membuat laporan polis atau menyiasat perkara tersebut terlebih dahulu, dia menjawab tidak.
Peguam seterusnya bertanya adakah Lim yakin semasa membuat kenyataan tersebut, Lim menjawab,
"Saya mempercayainya tetapi bukan berdasarkan kebenaran dan fakta. (it is my belief, not based on facts)"
Lim turut gagal menunjukkan dimana kenyataan dalam laporan Malaysiakini plaintif menerima rasuah bila diminta oleh peguam. Dia akui, duit itu diterima secara fizikal oleh Dato Jabar, bukan plaintif.
Lim dilihat cuba mengelak dan memberi kenyataan berpusing pusing bila diminta mengesahkan fitnah beliau terhadap plaintif. Lim mengatakan dia tidak kata Azeez terima rasuah, tetapi "dituduh menerima 3 juta untuk melindungi segala salah laku".
Bila ditanya apakah maksud ayat tersebut, Lim berkata ia adalah ayat yang mudah difahami oleh "layman". Peguam seterusnya menyoal,
"Saya cadangkan, ia membawa maksud plaintif menerima rasuah?" Lim tidak pula bersetuju.
Peguam bertanya,
"Jika plaintif hanya dituduh kononnya menerima rasuah berdasarkan laporan media, kenapa YB mengeluarkan kenyataan DSP perlu ditahan oleh SPRM?"
Lim menjawab kerana rakan Azeez sudah ditahan, kenapa tidak Azeez.
Seterusnya, peguam mencadangkan yang Lim mengatakan SPRM mengamalkan "double standard", Lim menjawab ya.
Tetapi Lim tidak pula bersetuju bila ditanya adakah dia cuba mengatakan Azeez, seorang pemimpin UMNO mempunyai pengaruh terhadap SPRM menyebabkan beliau tidak ditahan.
Secara amnya, Lim tidak mempunyai apa apa bukti plaintif menerima rasuah, ia berdasarkan pemahaman Lim sahaja melalui laporan Malaysiakini. Ini dapat dilihat bila disoal,
"Tanpa bukti, setuju atau tidak YB mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut dengan niat jahat dan character assassination terhadap plaintif?" Lim menjawab tidak setuju.
Lim juga terpinga pinga dan gagal menunjukkan bukti bila diminta oleh peguam mengenai kenyataannya memfitnah "UMNO is a corrupted political party."
Yang lucunya, Lim merujuk kenyataan dia sendiri termasuk laporan index rasuah antarabangsa sebagai bukti UMNO adalah parti rasuah.
"UMNO adalah kerajaan..." kata Lim.
Hakim menolak hujah Lim dan meminta dia tunjukkan bukti didalam dokumen pembelaannya, bukan kenyataan dia sendiri. Lim akhirnya akui dia tiada bukti.
Lim sekali lagi gagal menunjukkan bukti bila diminta merujuk kepada tuduhannya bahawa plaintif ada menerima wang dari Dato Jabar yang menerima wang RM3 juta tersebut secara fizikal.
Berdasarkan artikel diatas, kalau boleh lepas lagi tak tau la?
ReplyDeletePakat ramai2 terjun jambatan Pulau Pinang la nampaknya?
Kena belajar dgn najib kalau nak rasuah
ReplyDelete