Friday, October 02, 2020

Pasangan artis, usahawan selebriti disiasat

 

Ibu pejabat SPRM di Putrajaya
HALAMAN HIBURAN

Pasangan artis, usahawan selebriti disiasat SPRM kes gubah wang haram

KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah di antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penggubahan wang haram.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi tadi.

Sumber berkata, sehingga jam 7.30 malam ini, suami artis terbabit yang juga usahawan dan penghibur, masih berada dalam siasatan.

Isterinya yang juga seorang penyanyi, sudah dilepaskan petang tadi selepas keterangannya direkodkan.

Sumber berkata, sekitar jam 5 petang tadi, seorang lagi usahawan terkenal turut tampil di ibu pejabat SPRM berhubung siasatan kes sama.

"Kita tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu lain yang turut terbabit dalam siasatan kes yang sama, namun tidak dapat mendedahkan identiti mereka," katanya.

Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM. (BH)

No comments:

Post a Comment