Friday, October 23, 2020

Pastikan PH X hidup, walau sekadar Zombie. -Ust Mokhtar Senik

 

Harapan DAP, PKR akhirnya terluka

TAHNIAH Datuk Zahid Hamidi (DZH) Presiden Umno yang menegaskan bahawa Umno tetap bersama MN dan mempertahankan PN. 

Saya kira penegasan ini turut menjawab berbagai telahan sebahagian orang yang mengatakan Umno akan bersama Anwar. Khususnya selepas Anwar mengisytiharkan beliau mempunyai sokongan ‘kukuh yang meyakinkan’. Kenyataan itu turut melegakan banyak pihak termasuk ahli PAS dan juga ahli Umno.

Dalam masa yang sama penegasan DZH itu turut melukai harapan DAP dan PKR. PKR mengharapkan Umno menyokong Anwar untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri (PM) ke-9. Manakala DAP berharap dapat kembali menghirup nikmat atas terbentuknya Kerajaan PH sekali lagi. Sebab itu Lim Kit Siang (LKS) tanpa berselindung meluahkan kekecewaannya dengan penegasan DZH itu.

Sebelum ini saya sudah menyebut bahawa kali ini Anwar sudah sampai ke penghujung ‘jalan mati’. tiada pilihan selain Anwar harus berhenti setakat itu atau U-turn untuk kesekian kalinya. Tunjang PN adalah MN. Selagi MN ini diperkukuhkan bersama oleh Umno dan PAS, selagi itu peluang untuk PH menumbangkan PN tidak akan tercapai. 

Insya-Allah  dengan statement DZH itu simpulan MN semakin diperketatkan dan sekali gus mengukuhkan Kerajaan PN. Untuk kesekian kalinya saya menyebut bahawa Umno, PAS dan BERSATU tidak boleh bercerai lagi, kerana jika berlaku penceraian, maka tiada siapa lagi yang akan kuat. Tiga parti Melayu Muslim ini harus berlapang dada demi sebuah kekuatan ummah. 

Setiap ruang yang membolehkan PH atau DAP bertunas perlu dicantas dan dihalang. Parti mana yang akan mejadi pemimpin dalam PN itu perkara kedua. Perkara yang pertama ialah 

Ketiga-tiga parti utama dalam PN ini perlu terus mempereratkan jalinan ukhuwah. Lupakan pengalaman pahit antara satu sama lain. ini bukan masa untuk meluahkan keterkilanan masing-masing. Belajarlah dari kekalahan yang lalu. Alhamdulillah Allah masih beri nyawa kepada Umno, walaupun tak menang. 

Allah masih beri nafas kepada PAS walaupun selalu kalah. Allah masih hidupkan BERSATU walaupun selepas berpisah dengan Kerajaan PH. Semuanya anugerah yang wajib disyukuri. Ummat sudah mula rasa tenang di bawah PN. Maka jangan kecewakan mereka. 

USTAZ MOKHTAR SENIK 
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 23/10/2020

Hibur Hibur Sikir: H2S Pilihan: 23 -Lagu Lawak

7 comments:

Unknown said...

Hang ada jawapan ke dengan tuduhan/fitnah hang pada utz Mokhtar ni kat masyar nanti

Anonymous said...

Analisa yang baik, kunci kepada PN adalah kekukuhan MN, MN satu2nya harapan yang berbaki untuk orang2 Melayu berpayung supaya tidak menjadi seperti Thailand YANG DIJAJAH oleh kaum minoriti, baik dari segi ekonomi atau politiknya! Kini golongan minoriti tersebut giat menghasut supaya orang2 asal/asli Thai supaya membenci raja mereka.


Anonymous said...

Kenapa tak saman dan bawak ke mahkamah BUKTIKAN jgn main kot FB saja hahahhaa

Anonymous said...

Allah masih beri nafas kepada PAS walaupun selalu kalah
macam dia lah letak mana2 bertanding semua kalah
malaikat tak turun mengundi ke hahahahahaa
adoiiii snake oo snake

Anonymous said...

Ust Mokhtar akan jadi sasaran fitnah lagi kerana lantang. Biasalah ph. Tidak dipanggil ph jika tiada fitnah dan kaki kencing. Kelompok pkr, pan dan dap bawa reformasi rendah akhlaq.

Anonymous said...

Cukup-cukuplah RBA bodoh berlapis-lapis mencipta cerita dongeng yang tidak berasas untuk menfitnah parti Islam PAS kerana rakyat sudah tahu puak RBA dan tuan kafir harbi roket mereka adalah puak penipu lidah biawak yang suka kencing rakyat.

Cukuplah 22 bulan puak penipu ini kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu dll. Su
Sifu roket sudah jatuh terguling baham tanah pun RBA masih ada hati longkang untuk menfitnah PAS.

PRU 15 akan menjadi paku terakhir kepada keranda politik Dajjal Action Party dan khadam-khadam liberalnya.

Unknown said...

Orang munafik atau ada penyakit hati je benci dengan jemaah yg nak tegakkan islam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails