Sunday, October 18, 2020

PP: ADUN Pantai Jerjak khianati pengundi?

 

Ke mana Saifuddin Nasution hilang?

GEORGE TOWN: Ketidakhadiran ADUN Pantai Jerejak, Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail ke Sidang DUN Pulau Pinang adalah sikap tidak bertanggungjawab dan telah mengkhianati mandat pengundi kepadanya.

Wakil PKR itu hanya hadir pada hari pertama sidang, 12 Oktober lalu dan setelah itu tidak kelihatan hingga sesi petang ini di mana Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang mengakui bahawa beliau tidak menerima sebarang makluman.

Pegawai Khas ADUN Penaga, Saiful Lizan Md Yusof berkata, Peraturan Dewan mewajibkan kehadiran atau permintaan berucap dalam sidang dimaklumkan terlebih dahulu kepada Setiausaha DUN.

“Ini menunjukkan ADUN Pantai Jerejak tidak memberi kerjasama kepada Setiausaha Dewan yang merupakan kakitangan kerajaan. Tindakan ini seolah-olah keegoaan yang tinggi sebagai wakil rakyat,” bidasnya.

Sebaliknya puji Saiful, bekas calon PAS DUN Pantai Jerejak, Mohd Farhan Yusri pula menjadi antara individu yang hadir di semua sesi sidang kali ini di mana berbaki hanya sehari lagi iaitu pada Isnin, 19 Oktober depan.

Saiful yang juga Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pulau Pinang menyifatkan ketidakhadiran itu juga bermakna suara penduduk DUN Pantai Jerejak tidak dibangkitkan di dalam Sidang DUN.

Ketidakhadiran Saifuddin yang juga Setiausaha Agong PKR dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu telah menghangatkan Sidang DUN dari pertikaian diajukan terutama apabila disebut sebagai menerima ‘gaji buta’.

Kecaman itu disuarakan Dr Afif Bahardin (BERSATU-Seberang Jaya) yang bangun mengemukakan Peraturan Dewan dan menegaskan bahawa tindakan ADUN Pantai Jerejak itu adalah tidak menghormati Dewan.

“Sebelum ini ada usul nak kosongkan kerusi, (tapi) sekarang ini, ada kerusi tapi tiada wakil rakyat,” sindir bekas Ketua AMK PKR dan bekas EXCO Kerajaan Negeri yang kini menyertai BERSATU itu.

Suara tersebut menyebabkan beberapa ADUN Kerajaan Pakatan Harapan bangun membantah dan menggesa Dr Afif menarik balik perkataannya hingga berlaku pertikaman lidah sebelum ditamatkan Speaker.

Terdahulu pertanyaan mengenai status kehadiran Saifuddin telah dibangkitkan oleh Zulkifli Ibrahim (BERSATU-Sungai Acheh) kepada Speaker ketika mahu memulakan sesi penggulungan. – HARAKAHDAILY 16/10/2020

7 comments:

Unknown said...

Ahli parlimen pas tak hadir ok.. Ahli dun lain jangan tk dtg.. Tak boleh tau

Anonymous said...

Ponteng parlimen xpe. Dun je x blh. Ponteng dun mesti ramai berkokok bagai.

Anonymous said...

PH kena berdisiplin mcm adun dan MP Pas yg x penah ponteng parlimen

Anonymous said...

Bang non kata 40% rakyat malaysia mental. Termasuk masalah mental jugak ialah bang non dan team. Tapi bang non masuk kategori kritikal puncanya kemaruk jadi pm.

Unknown said...

Pas pis pus pus pus meoingg

Anonymous said...

Betulkan group anwar mental.

Anonymous said...

Pemimpin PAS dan UMNO mana tahu buat kerja,makan rasuah,makan duit rakyat dan ngentot dia tahulah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails