Selain Neelofa, Dewan Muslimat PAS Malaysia turut mengambil maklum berkaitan penghijrahan selebriti-selebriti tanah air yang sudah mula untuk mengenakan tudung sebagai permulaan sebuah perjalanan hijrah.
Sudah pasti jalan ini tidak semudah yang difikirkan, memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang sangat tinggi untuk mengharunginya.
Ternyata untuk mengaplikasi Hijrah bukan sesuatu mudah. Hijrah dari sudut bahasa, ia memberi maksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain, melibatkan pergerakan fizikal. Kemudian, Rasulullah S.A.W menukarkan makna fizikal kepada maknawi sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Orang yang berhijrah itu adalah dengan meninggalkan larangan Allah S.W.T.”
Hijrah dan perubahan mesti seiring dengan ilmu di dada. Justeru kepada semua tanpa mengira sesiapa teruskan, mencari ilmu terutama ilmu fardhu ‘ain yang seharusnya dikuasai oleh setiap individu sebagai perkara asas dalam kehidupan.
Manakala ilmu-ilmu lain sebagai tambahan kini mudah sahaja untuk diperolehi, hanya dengan melalui hujung jari sahaja, tepuk dada tanya iman kita.
Untuk akhirnya, sebagai antara ‘public figure’ yang menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai khususnya wanita, semoga penghijrahan Neelofa dan rakan-rakan selebriti yang lain menjadi asbab para peminat untuk sama-sama mengikut jejak langkah ke arah kebaikan ini sebagaimana dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah R.A, ia berkata; Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesiapa yang mengajak kepada kebenaran, maka ia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya tanpa dikurangi sedikitpun. Dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka ia mendapat dosa seperti dosa orang yang mengerjakan tanpa dikurangi sedikitpun.”
[Hadis Riwayat Muslim]
Semoga Neelofa terus istiqamah dengan jalan hijrah ini dan terus diberikan hidayah untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
MARDHIAH HAYATI ZOLKEPLAI
Pengerusi
Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi
Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 19/10/2020
Hibur Hibur Sikit:H2S Pilihan: 40 -Nyanyian Alam, Kashmir &Nasheed.
2 comments:
Elok sangat neelofa jauhkan diri dari liberal lgbt pkr dan syiah pan. Dua parti perosak islam dan jadi khadam dap.
Teruskan istiqamah Neelofa walaupun tindakan anda ini sangat dibenci oleh parti2 chauvinists, sekutu2 dan penyokong2 mereka!!!
Post a Comment