HALAMAN HIBURAN
Guna artis 'cuci duit' haram, anggota polis IPK Selangor ditahan
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dipercayai terbabit dalam sindiket `cuci duit' dikaitkan dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.
Sumber berkata, anggota berkenaan dipercayai kenalan kepada lelaki bergelar 'Datuk' yang ditahan sebelum ini.
"Dia ditahan tengah hari tadi di IPK Selangor selepas keterangan diambil Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
"Anggota berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan kes berkenaan dan pembabitannya di dalam kumpulan sindiket itu," katanya kepada Harian Metro.
Harian Metro sebelum ini melaporkan taktik perdaya dan menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan 'mencuci' duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.
Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.
Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.
Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri ditahan.
Susulan itu tiga lagi lelaki ditahan kemudian bagi membantu siasatan. (MyMetro)
4 comments:
Sapa yg bagi gelaran Datuk tu...
Mengapa penjenayah boleh mendapat gelaran datuk sedangkan kakitangan awam yang berpuluh tahun berbakti kepada rakyat dan negara tidak mendapat gelaran datuk ???
Habis la datuk2 tu! Sabit kesalahan boleh merengkok 20-30 tahun dalam penjara!!! Melainkan mereka mengupah peguam2 mahal yang terbaik!
Apa2 pun syabas kepada pihak polis dan SPRM!
Mengapa penjenayah boleh mendapat gelaran datuk?
Ini kena tanya sultan2 atau pembesar2 negeri2 yang menganugerahkannya?
Apakah mereka kurang sensitiviti, hanya Allah SWT lebih mengetahui!
Post a Comment