SUKAN
Farah Ann tiada masa untuk pening
KUALA LUMPUR: Ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi mengambil sikap berkecuali dan tidak mahu terbabit dalam kemelut dalaman yang melanda Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).
Gimnas berusia 25 tahun itu berkata beliau lebih mengutamakan fokus terhadap latihan dan persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan, berbanding memihak kepada mana-mana individu atau terpalit dengan politik dalaman persekutuan itu.
Berbaki kira-kira 10 bulan menjelang Sukan Olimpik Tokyo yang dijadual berlangsung pada Julai, Farah Ann berkata beliau lebih berminat dalam misi mencipta kejayaan pada temasya sukan terbesar dunia itu berbanding memikirkan masalah MGF.
"Latihan tidak terganggu (walaupun MGF berdepan kemelut dalaman) sebab program kita di bawah Majlis Sukan Negara (MSN). Alhamdulillah, sekarang semua mengikut perancangan, dan saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai atlet untuk teruskan latihan," katanya kepada Sukan Plus Bernama TV, baru-baru ini.
Minggu lepas, MGF berdepan pergolakan selepas tujuh ahli gabungannya menyatakan usul hilang kepercayaan terhadap presidennya, Rachel Lau dan menggesa diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).
Namun, Rachel dalam jawapan balasnya, berkata MGF tidak mempunyai klausa 'undi tidak percaya', sekali gus membayangkan beliau tidak akan melepaskan jawatan nombor satu badan induk itu.
Berkongsi lanjut, Farah Ann berkata dalam apa jua situasi, badan induk itu perlu kembali kepada landasan asalnya dalam memayungi atlet gimnastik dan membangunkan sukan tersebut di Malaysia.
"Tugas atlet jalani latihan, namun pada masa sama saya juga ingin melihat masa depan sukan gimnastik di Malaysia bertambah baik. Sesiapa sahaja yang menerajui MGF, perlu sematkan perkara itu dalam fikiran dan memastikan atlet dan sukan gimnastik mempunyai masa depan yang lebih baik," katanya.
Farah Ann mengesahkan tiket ke Olimpik Tokyo selepas mencatat keputusan memberangsangkan pada Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman, sekali gus menamatkan penantian rakyat Malaysia selama 20 tahun untuk melihat gimnas wanita negara kembali beraksi di pentas Olimpik, selepas Au Li Yen pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney.
-- BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maaf! Sukan Negara model-model maksiat begini..
(i) Apakah masih belum ada masa untuk di Islamkan atau di'patuh syariat'kan?
(ii) Apakah perlaksanaan syariat Islam dalam sukan seperti di Kelantan bersalahan dengan perlembagaan Persekutuan dan negara?
(iii) Apakah masih takut pada parti DAP lagi, atau kepada parti dan kumpulan yang sebangsa dengannya?
Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...
kesian tak tau halal haram... kalu boleh pingat emas sebesar bumi sekali pun tak padan dgn seksaan neraka yg sedang menunggu.... harap dapat bertaubat sebelum terlambat..
ReplyDeleteMenteri belia dan sukan skrg ni org Dap
ReplyDelete