Sunday, October 25, 2020

Tapi, Apa kata Mulut Celupar SU DAP (Video)...

COVID-19: Jika darurat diisytihar, Malaysia bukan negara pertama di dunia laksanakannya
KUALA LUMPUR: Sejak beberapa hari lalu, khabar angin bertiup kencang bahawa bakal berlakunya pengisytiharan perintah darurat di negara ini susulan peningkatan kes COVID-19.
Perkara itu tentunya menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat seterusnya mencetuskan perbincangan hangat.
Bagaimanapun, tahukah anda, sekiranya Malaysia mengisytiharkan proklamasi darurat, negara ini bukan negara pertama di dunia untuk berbuat demikian bagi mengawal penularan wabak COVID-19?
Menurut Pusat Hak Sivil dan Politik (CCPR), sejumlah 79 negara telah atau pernah mengumumkan perintah darurat yang dilaksanakan pada pelbagai tahap.
Berdasarkan data CCPR yang diterbitkan di Data Studio Google bertajuk ‘COVID-19 State of Emergency Data’, negara-negara yang pernah atau sedang melaksanakan perintah darurat termasuk Australia, Perancis, Finland, Indonesia, Filipina, Jepun dan Thailand.
Pada 15 Oktober, Perancis melaksanakan darurat kesihatan yang memberikan kuasa kepada para pegawai untuk mengenakan tindakan baharu dalam membendung pandemik itu.
Kerajaan Perancis berkata wabak COVID-19 tergolong sebagai bencana kesihatan kerana ia membahayakan kesihatan rakyat negara itu dan mengorbankan nyawa.
Di Sepanyol pula, kerajaan negara itu mengumumkan perintah darurat pada 9 Oktober lalu di Madrid susulan peningkatan kes COVID-19 di ibu negara itu.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Jumaat lalu berkata, Jepun juga pernah melaksanakan perintah darurat pada April lalu yang berlanjutan selama satu setengah bulan.
"Di Jepun, Itali (juga melaksanakan darurat) dan Romania telah menangguhkan pilihan raya mereka kerana COVID-19.
“Malah, di Amerika Syarikat, ada 48 negeri daripada 50 negeri diisytiharkan darurat,” kata Dr Mohd Azizuddin.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika pengisytiharaan darurat dilaksanakan di negara ini, ia tidak semestinya dilaksanakan di seluruh negara.
BACA: Enam darurat yang pernah diisytiharkan di Malaysia
Sebaliknya, perintah darurat itu boleh dilakukan di negeri-negeri tertentu sahaja.
"Cuma saya rasa darurat ini tidak mesti melibatkan seluruh negara tetapi boleh diisytiharkan di negeri-negeri tertentu, misalnya Sabah yang agak tinggi kes COVID-19.
“Jadi, boleh diisytiharkan di Sabah sahaja berbanding di negeri lain," katanya.
Satu pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja-Raja Melayu dijangka akan diadakan pada Ahad (25 Oktober) di Istana Negara bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
BACA: Darurat: Kabinet masih berfungsi, tertakluk keputusan Yang di-Pertuan Agong - Penganalisis
Menurut sumber, pertemuan khas itu dijadualkan akan bermula pada jam 2.30 petang dan hanya akan melibatkan Raja-Raja Melayu dan tidak akan melibatkan Yang di-Pertua Negeri atau mana-mana ahli politik.
Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Abdul Aziz, Kuantan pada Jumaat. (AA)

3 comments:

  1. Betul la apa dap ckp tu. Ni IH tau x darurat tu apa?

    ReplyDelete
  2. Tak habis2 dap pasal politik. Sentiasa bersangka buruk. Rakyat tak mahu dengar balah tentang politik. Rakyat mahu covid diselesaikan. Jika balah politik jadi keutamaan, bila nak selesaikan masalah yg ditanggung sekarang.

    ReplyDelete
  3. Tak mahal, RM 20,000.00 je 1 malam IH!

    Ada orang politik beli tubuh selebriti
    FAZLI RADZI
    Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Jamil mendedahkan terdapat ahli politik tertentu melanggan selebriti yang sebahagiannya tidak cukup pendapatan. Menurutnya, individu bergelar artis dan menjual tubuh termasuk kepada orang politik mendapat permintaan lebih tinggi dengan harga lebih lumayan berbanding bukan selebriti. “Tidak dapat dinafikan, salah satu kategorilah. Segelintir mereka yang terlibat dalam isu skandal seks ini adalah orang kaya dan politik,” dipetik wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.
    Beliau yang juga dikenali sebagai Zed Zaidi berkata demikian ketika ditanya sejauhmana penglibatan orang politik dengan artis dalam skandal seks. Jelasnya, tindakan artis yang menjual tubuh itu ekoran 90 peratus anak seni di negara ini hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. “Kita kena faham, artis ini sebilangan kecil saja yang memang betul-betul mewah, hanya 10 peratus sahaja yang benar-benar stabil, selebihnya tidak,” ujarnya. Pelakon Gila-Gila Pengantin Remaja (2004) itu juga mendedahkan modus operandi orang politik untuk membeli tubuh artis menggunakan khidmat orang tengah atau broker. “Selalunya melalui broker. Tetapi mereka yang berstatus VIP (anak kenamaan) mesti jaga identiti mereka. Kita tidak boleh tolak kemungkinan itu,” katanya.
    Baru-baru ini, Zed mendedahkan terdapat segelintir selebriti membabitkan diri dalam sindiket pelacuran kelas atasan ekoran peluang kerja terhad akibat pandemik berlarutan Covid-19. Katanya, VIP terbabit membayar artis berkenaan termasuk segelintir selebriti Instagram, Instafamous antara RM20,000 hingga RM40,000 satu malam.

    ReplyDelete