Saturday, October 17, 2020

Thai: 3 Hari Berturut tidak endahkan darurat k'jaan.

 

Penunjuk perasaan pro-demokrasi bergerak sambil memegang penghadang ketika protes anti-kerajaan di Bangkok hari ini. - Foto AFP

Ribuan turun ke jalan selepas pertembungan dengan polis

BANGKOK: Ribuan peserta tunjuk perasaan dan penyokong demokrasi masih membanjiri ibu negara Thailand, untuk tiga hari berturut-turut hari ini serta tidak mengendahkan pengisytiharan darurat oleh kerajaan.

Kemaraan peserta demonstrasi itu kekal utuh meskipun polis terpaksa menggunakan meriam air, dicampur dakwat biru untuk memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti mereka yang terbabit dengan pergerakan haram berkenaan.

Taktik sedemikian dilihat langsung tidak mematahkan semangat peserta perhimpunan dalam kalangan golongan muda yang kekal mendesak supaya pemimpin negara meletakkan jawatan dan menuntut reformasi sistem beraja.

Pergerakan penyokong demokrasi, Belia Bebas yang menjadi antara penganjur utama perhimpunan itu menggesa peserta kembali turun ke jalan bagi menyatakan desakan berterusan, semalam.

"Bersedia fizikal dan mental untuk demonstrasi ini dan sebarang kemungkinan tentangan jika terjadi," katanya.

Sejam sebelum insiden tunjuk perasaan itu dijadualkan berlangsung pada jam 4 petang, kumpulan terbabit mengumumkan tiga lokasi utama untuk peserta berkumpul.

Percaturan itu berjaya membolosi sekatan jalan raya yang dilaksanakan pihak berkuasa apabila mereka menyasarkan dua lokasi utama, dipercayai 'markas' untuk peserta berkumpul.

Di utara daerah Lat Phrao, ribuan peserta dilihat berhimpun di tengah jalan, dengan memakai topi keledar dan topeng gas, sambil memberikan tabik tiga jari, iaitu simbolik pergerakan demokrasi seperti dalam filem 'Hunger Games'.

Seberang sungai Chao Phraya turut memperlihatkan situasi sama apabila ribuan 'berkampung' di barat daerah Wongwian Yai, sambil melaungkan 'hidup rakyat, guling diktator'.

Susulan perkembangan semasa, pengendali operasi perkhidmatan Skytrain dan jaringan kereta api bawah tanah ditutup bagi menghalang kemaraan peserta perhimpunan. - AFP

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...


No comments:

Post a Comment