Friday, October 16, 2020

Tolak PH Plus, terpalit 1 demi 1. -DUPP.

 


Isu dakwaan rasuah PH semakin parah

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menggesa orang ramai agar terus menolak PH (Pakatan Harapan) Plus dan jangan diberi peluang kembali berkuasa kerana komponen parti tersebut terpalit satu demi satu dakwaan rasuah apatah lagi melibatkan pimpinan atasan parti-parti mereka. 

Sedangkan kononnya sebelum ini, lagak mereka dalam memerangi rasuah, namun apa yang berlaku sebaliknya. Belum reda isu dakwaan rasuah yang membabitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos yang lalu atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, kini satu lagi kes dakwaan rasuah didedah dan dibicarakan melibatkan bekas setiausaha politik bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini (15 Oktober 2020) atas lima tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM6.3 juta.

Di mana suara pejuang dari media PH Plus yang sebelum ini berapi-api dalam memerangi kes dakwaan rasuah namun kini diam membisu seribu bahasa apabila kes yang melibatkan parti mereka sendiri didedahkan? Rasuah bukan isu sentimen politik apabila hanya mahu mewujudkan sentimen kebencian namun ia isu integriti yang perlu dijaga sama ada sewaktu menjadi pembangkang mahupun kerajaan.

Satu demi satu kes dakwaan rasuah yang dibicarakan jelas menunjukkan kepincangan integriti dan ketelusan PH Plus sewaktu memegang tampuk pemerintahan sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan. Sedangkan kuasa politik yang diperolehi merupakan satu amanah yang perlu dilunaskan mengikut etika kerja bagi membawa kebaikan kepada agama, rakyat dan negara bukannya kepentingan peribadi.

Jika beginilah kesan pemerintahan PH Plus maka semestinya rakyat wajib untuk terus menolak komponen parti PH Plus agar jangan diulangi memberikan kepercayaan dalam mengundi mereka kembali berkuasa. Apa yang mereka bisingkan sebelum ini hanya kembali pada diri mereka sendiri. Mereka lagaknya mahu memerangi rasuah namun akhirnya dakwaan rasuah itu kembali kepada mereka. Bak kata pepatah Melayu mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

DUPP menegaskan bahawa rakyat perlu celik dalam isu sebegini agar Pilihan Raya Umum akan datang, bagi memastikan kerajaan yang dibentuk dengan kriteria integriti dan telus, maka wajarlah ditolak mana-mana calon parti yang terpalit dengan isu rasuah sekalipun namanya ‘amanah’ namun tindakannya tersebut tidak amanah.

Firman Allah SWT :

(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَخُونُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوۤا۟ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ)

Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (Surah Al-Anfal 27)

Sekian.

Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan

YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) – HARAKAHDAILY 16/10/2020

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...

2 comments:

Anonymous said...

Ph ni kerajaan dari langit. Mereka saja yg betul, ilmuan agama semua salah. Rasuah pun boleh dalam ph. Pan pun setuju, rasuah boleh untuk kelangsungan survive dan juga sumbangan dap kepada pan pun dikira halal. Janji ada duit, ada sokongan pan untuk dap.

Anonymous said...

Pemimpin PAS dan UMNO mana tahu buat kerja,makan rasuah,makan duit rakyat dan ngentot dia tahulah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails