Saturday, November 28, 2020

3 askar India terbunuh dalam serangan dilancarkan Pakistan

 

Anggota tentera India berkawal di Kashmir. - Foto EPA

SRINAGAR : Sekurang-kurangnya tiga askar India terbunuh dalam serangan berbalas tembakan dan bedilan bom mortar dengan askar Pakistan.

Jurucakap tentera India, Lt Kol Devender Anand, berkata pertempuran berlaku semalam di kawasan Kashmir yang dikuasai India.

"Dua askar terbunuh apabila tentera Pakistan melakukan pelanggaran tanpa provokasi ke atas perjanjian gencatan senjata 2003, di daerah Rajouri selatan.

"Seorang lagi pegawai tentera India terbunuh dalam kes tembakan oleh tentera Pakistan di daerah jiran, Poonch, kelmarin

"Tentera India turut bertindak membalas serangan dengan melepaskan tembakan terhadap musuh," katanya.

Susulan kejadian itu, Pakistan belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Pada masa lalu, kedua-dua negara menuduh antara satu sama lain berkenaan siapa yang memulakan pertempuran di sempadan dekat wilayah Himalaya yang dituntut India dan Pakistan secara keseluruhan.

Pada 13 November lalu, sembilan orang awam selain enam askar terbunuh di Kashmir apabila tentera India dan Pakistan berbalas tembakan meriam artileri di beberapa lokasi sepanjang sempadan kawalan negara berkenaan.

Tragedi itu mencatatkan kematian paling tinggi dilaporkan dalam tempoh sehari sejak beberapa tahun kebelakangan ini. -AGENSI

Hibur Hibur Sikit

2 comments:

Anonymous said...

Kashmir, dari segi geography, budaya dan agama penduduknya lebih kepada Pakistan! Jadi ianya adalah hak mutlak Pakistan!

Adakah legasi persempadanan tersebut sengaja ditinggalkan oleh penjajah untuk tujuan yang ada sekarang, yakni pergolakan dan perperangan, sepertimana yang berlaku di Palestine.

Nampaknya penjajah tersebut sengaja membuat TAIK, meninggalkan TAIK dimana2 sahaja negara jajahan tinggalan mereka?

Anonymous said...

Majoriti rakyat Kashmir adalah umat Islam yang mahu Kashmir menjadi wilayah Pakistan dan mereka menolak negara kafir India yang diperintah oleh rejim pelampau hindu.

Berdasarkan pelbagai fakta sejarah , Kashmir bukan wilayah India. Ini diakui sendiri oleh penjajah British sendiri. Malangnya rejim hindu India telah berlagak kejam dan zalim seperti rejim Nazi dengan menceroboh dan merampas Kashmir dan menindas, menyiksa, merogol dan membunuh umat Islam Kashmir.

Semua konflik di Myanmar, India, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Palestin dll adalah berpunca dari kejahatan penjajah British sendiri yang mengamalkan dasar pecah dan perintah untuk memecah-belahkan dan melemahkan kaum-kaum yang berada di dalam negara yang dijajah oleh British.

Penjajahan British ke atas Tanah Melayu juga telah meninggalkan kesan buruk yang berpanjangan hingga ke hari ini yang boleh mengancam keamanan dan kestabilan politik negara kita dan sangat merugikan kaum Melayu Islam sebagai penduduk asal negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails