Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Ugutan dipercayai ada kaitan operasi kastam di pelabuhan
PUTRAJAYA: Nota ugutan bersama dua butir peluru diterima seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Sarawak, dipercayai ada kaitan dengan operasi dilaksanakan beliau bersama pasukannya di dua pelabuhan sebelum ini.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir, berkata operasi terbabit dijalankan di Pelabuhan Rajang dan Pelabuhan Bintulu antara 21 Oktober hingga 13 November lalu.
"Secara keseluruhan, operasi di dua pelabuhan itu berjaya menghasilkan nilai rampasan dianggarkan RM2.64 juta, dengan anggaran jumlah cukai atau duti sebanyak RM655,301.76," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Abdul Latif berkata, satu sampul surat tertera perkataan 'Death' (kematian) ditemui di tempat letak kenderaan rumah pegawai terbabit, Khamis lalu.
Beliau berkata, sampul surat itu mengandungi dua butir peluru bersama sekeping nota 'got two bullets, one short one long, which one you want' (ada dua peluru, satu pendek satu panjang, yang mana satu anda mahu).
"Pegawai itu sudahpun membuat laporan polis pada 26 November lalu berikutan bimbang keselamatan diri dan keluarganya terancam," katanya.
Abdul Latif sekali gus merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak polis kerana bertindak pantas sehingga berjaya menangkap tiga individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius ancaman dan ugutan terhadap kakitangan jabatan itu.
Beliau menegaskan, jabatan itu akan terus menjalankan amanah dan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat kedaulatan serta keselamatan negara. (BH)
Hibur Hibur Sikit: Album 2
- H2S Pilihan: 11-Lagu M'sia BERSIH 2Mei 2019. Anti...
- H2S Pilihan: 12 -Nasheed Paletine/Hamas..
- H2S Pilihan: 13 -Nasyid Islami Malaysia, Wanita Sh...
- H2S Pilihan: 14 -Turkish Nasheed
- H2S Pilihan: 15 -Puteri dan Aku Papua.
- H2S Pilihan: 16 -Arabic Alphabet, ABC Song, Ya Nebi
- H2S Pilihan: 17 -Lagu Bola... Silat.
- H2S Pilihan: 18 -Taiwan Nasheed.
- H2S Pilihan: 19 -Lagu Politik Rasuah..
- H2S Pilihan: 20 -Superstar Cat Stevens To Yusuf Is...
Nak mesedis ke nak naik gaji.
ReplyDeleteLebai pas...dua dua nakkk...
Presiden tu sepatutnya tak diampun. Sepatutnya dihukum lebih berat. Bab melendir ni bukan budaya sini. Kalau diri sendiri tak dapat kawal nafsu, mana mungkin boleh memimpin. Dia akan bercakap yg makruf, tapi dia sendiri berkelakuan mungkar, lindung diri dengan ucapan lemak manis.
ReplyDeleteSerawak tu negeri Ph ke? Jahat btl pemimpin Ph sna kan...
ReplyDeletePemimpin-pemimpin Pee H telah dan sedang menikmati gaji wakil rakyat yang tinggi dan menggunakan kereta mewah untuk kegunaan peribadi. Mengapa puak RBA berdiam diri seperti syaitan bisu, buta dan dungu tidak mahu menyalak histeria ???
ReplyDeletePuak RBA adalah kepala bapak hipokrit lidah biawak yang suka makan dedak haram cap roket.