BERDASARKAN Laporan The Global Disinformation Order: 2019 Global Inventory of Organised Social Media Manipulation oleh Bradshaw dan Howard (2019), propaganda menggunakan komputer menerusi penggunaan algorithm, automasi dan data raya dalam membentuk pemikiran manusia telah menjadi semakin berleluasa dan menguasai kehidupan kita sehari-hari.
Kajian telah dijalankan menggunakan metodologi, analisis kandungan, tinjauan literatur, kajian kes dan rundingan dengan pakar.
Kempen manipulasi sosial media
Bukti menunjukkan bahawa kempen manipulasi sosial media yang terancang telah ditemui di 70 buah negara pada tahun 2019 bertambah daripada 48 negara pada tahun 2018 dan 28 negara pada tahun 2017.
Dalam setiap negara yang dikaji, sekurang-kuarangnya sebuah parti politik atau agensi kerajaan menggunakan media sosial bagi membentuk pemikiran dan tingkah laku masyarakat. Walaupun terdapat banyak jaringan sosial media yang ada, Facebook didapati menjadi pilihan paling popular bagi manipulasi sosial media.
Bagi Malaysia, laporan menunjukkan bahawa Facebook, Twitter, Whatsapp dan Youtube menjadi platform utama bagi manipulasi sosial media bagi aktiviti cybertroop.
Dapatan 1 – Bentuk organisasi
Laporan tersebut telah mengkategorikan bentuk organisasi yang menaungi aktiviti cybertrooper kepada lima jenis iaitu:
(1) Agensi kerajaan.
(2) Parti politik dan ahli politik.
(3) Organisasi swasta.
(4) Organisasi dari orang awam.
(5) Individu dengan pengaruh.
Dapatan kajian bagi Malaysia menunjukkan terdapat lebih dari sebuah agensi kerajaan, parti politik atau ahli politik serta organisasi swasta yang memainkan peranan menggunakan propaganda berkomputer bagi memanipulasi pemikiran orang awam. Turut ditemui adalah bukti dari organisasi orang awam serta individu dengan kelompok pengaruh misalnya golongan belia, penggodam dan lain-lain.
Kajian mendapati bahawa propaganda ini dinaungi oleh organisasi yang terancang dan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu sewaktu pilihan raya.
Dapatan 2 – Jenis akaun palsu yang digunakan
Akaun palsu menjadi alat penting bagi cybertrooper menyebarkan propaganda mereka. Kajian tiga tahun ini menunjukkan tiga jenis akaun palsu yang utama iaitu yang dikendali melalui bot, manusia dan cyborg. Selain itu terdapat juga mereka yang menggunakan akaun curi atau yang telah digodam.
Kajian terhadap Malaysia telah menemui bukti bahawa aktiviti cybertroop ini secara utama telah dikendalikan melalui akaun bot. Bot adalah akaun dengan kuasa automatik tinggi yang direka bagi menyerupai perlakuan manusia di atas talian.
Dapatan 3 – Strategi mesej
Aktiviti cybertroop menggunakan pelbagai bentuk mesej dan strategi tarikan dalam berkomunikasi dengan pengguna di atas talian. Laporan ini telah mengkelaskan lima kategori bentuk mesej yang telah direka iaitu:
(1) Menyebarkan propaganda pro-kerajaan atau pro-parti.
(2) Menyerang atau mengemukakan kempen memburukkan pihak lawan.
(3) Mengalih atau mengubah kritikan dari isu sebenar yang penting.
(4) Memandu pembahagian dan polarisasi.
(5) Tekanan melalui serangan peribadi atau gangguan.
Bukti bagi kajian di Malaysia menunjukkan bahawa mesej yang kerap digunakan adalah melalui penyebaran propaganda yang menyokong pro-kerajaan atau pro-parti, serangan terhadap parti lawan terutamanya dengan mengadakan kempen yang menjatuhkan mereka serta memberikan tekanan misalnya melalui serangan atau gangguan peribadi.
Dapatan 4 – Strategi komunikasi
Cybertrooper menggunakan strategi komunikasi yang pelbagai dan dikategorikan sebagai yang berikut:
(1) Mereka maklumat yang tidak benar serta manipulasi media.
(2) Laporan besar-besaran kandungan atau akaun.
(3) Strategi berpandukan data.
(4) Pelawakan, pendedahan sulit dan gangguan.
(5) Menggandakan kandungan dan media atas talian.
Bukti menunjukkan bahawa propaganda berkomputer yang berlaku di Malaysia telah disebarkan dengan cara manipulasi media dan penyebaran maklumat yang tidak benar, strategi berpandukan data serta penggandaan mesej dan kandungan misalnya dengan menggunakan hashtag.
Manipulasi media dan penyebaran maklumat yang salah telah dijalankan misalnya menggunakan video serta laman web berita palsu. Strategi berpandukan data pula adalah di mana data pengguna telah diperolehi secara online atau offline serta pengiklanan dalam media sosial yang popular secara berbayar.
Dapatan 5 – Kapasiti cybertroop
Laporan ini juga telah cuba mengkaji tiga aspek penting berhubung kapasiti cybertroop iaitu: saiz pasukan, belanjawan dan perbelanjaan serta latihan kemahiran dan pengetahuan. Pasukan ini juga dikenalpasti melalui empat kategori iaitu pasukan dengan kapasiti tinggi, medium, rendah dan minimal.
Bukti dari Malaysia menunjukkan bahawa kemungkinan pasukan cybertroop yang ada mempunyai pasukan yang tetap dengan kapasiti ahli di antara 50 ke 2,000. Di samping itu latihan yang diberi adalah secara formal dan secara keseluruhannya dikategorikan sebagai pasukan dengan kapasiti medium.
Kesimpulan
Laporan kajian ini telah menyerlahkan bagaimana agensi kerajaan dan parti politik tertentu telah menggunakan media sosial bagi propaganda politik, mencemarkan informasi digital serta menekan kebebasan akhbar dan hak bersuara dalam masyarakat.
Media sosial yang seharusnya menjadi saluran pengukuhan kebebasan dan demokrasi kini kian menjadi wasilah bagi penyebaran maklumat yang tidak benar, pencetus kepada jenayah yang mengakibatkan pengurangan kepercayaan terhadap media dan demokrasinya.
Rujukan:
Bradshaw, S. & Howard, P. N. (2019. The Global Disinformation Order: 2019 Global Inventory of Organised Social Media Manipulation. Computational Propaganda Research Project, University of Oxford. QGENANALYSTS (QGA)– HARAKAHDAILY 30/10/2020
Sumber
2 comments:
“Setiap sesuatu yang berlaku ada petanda oleh ALLAH termasuk kiamat yang ada tanda-tanda kecil dan besar sebelum ia berlaku. “Sekiranya pembangkang sekarang mahu menggunakan jurutera yang sama (Mahathir) bagi merampas kerajaan, ia hanya membuang masa.
PH lebih BEBAL dari MN PN BN kalu terus bersama Mahathir mamak krala tuh
“Saya dengar Tun enam bulan jadi PM, Ku Li (Tengku Razaleigh) pun enam bulan, ini buang masa. Saya sudah sampaikan salam kepada orang yang baik dengan Ku Li, baik dia kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Justeru, pucuk pimpinan parti perlu mengambil kira pandangan minoriti dalam PH. Kalau makan kari Pelita (kedai mamak) hari-hari mana nak?” soalnya.
PH KALAU DAH BEBAL........BYE BYEYEYE YE YE EYE
Post a Comment