Friday, November 27, 2020

Bajet 2021 diluluskan melalui undian.


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Belanjawan 2021 melalui undian suara apabila lebihan suara yang menyokong.

Sebelum itu, pada sesi pengundian itu dewan bergema dengan suara pihak pembangkang yang mempertikai belanjawan berkenaan.

Begitupun semasa Yang di-Pertua Dewan Rakyat Dato’ Azhar Azizan mengumumkan agar ahli Parlimen menyatakan sama ada menyokong atau sebaliknya.

Dewan Rakyat akhirnya meluluskan belanjawan itu walau diganggu oleh ahli Parlimen pembangkang dari PAN dan DAP.

Terdapat cubaan ahli Parlimen PAN yang bangkit meminta untuk dibuat undian belah bahagi, antaranya Mahfuz Omar [PH-Pokok Sena], Hanipa Maidin [PH-Sepang], namun cubaan mereka tidak berjaya.

“Hanya 13 sahaja ahli Parlimen yang bangun meminta undi belah bahagi, maka lebih suara yang bersetuju, usul menteri Kewangan dipersetujukan,” kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat disambut laungan kegembiraan seluruh ahli yang berhormat PN.

Terdahulu, sikap jelik pembangkang bertambah jelas semasa Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz menghabiskan ucapan penggulungannya.

Bagaimanapun Yang di-Pertua Dewan Rakyat menegur keras sikap yang ditonjolkan ahli Parlimen.

“Yang berhormat semua, ini kelakuan yang memalukan!

“Kita sedang berbahas bajet, dan ini perangai kita dan rakyat nampak perangai kita semua,” kata Azizan.

“Tak payah ceramah politik lah.”

“Kamu tak ada mandat rakyat kamu senator sahaja.”

Itu antara celahan herdikan yang kedengaran dalam sidang Dewan Rakyat tadi.

– HARAKAHDAILY 26/11/2020

Hibur Hibur Sikit: Album 2

2 comments:

Anonymous said...

Kata Tuan Speaker, kelakuan yang memalukan? Seperti monyet, mawas, ungka atau lotong?

Anonymous said...

Monyet berkeliaran di Shah Alam, Mawas sering ambil petai kat Pokok Sena,Lotong dikesan di Jelutong dan Ungka dpt penempatan baru di Rasah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails