Klien boleh bawa GRO sendiri
Kuala Lumpur: Buka pusat hiburan apabila mendapat permintaan atau tempahan khas pelanggan tetap yang dipercayai sahaja.
Malah, premis berkenaan tidak menyediakan wanita pelayan khidmat pelanggan (GRO) namun pelanggan dibenar untuk membawa peneman mereka sendiri.
Itu taktik digunakan sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Bagaimanapun kegiatan premis itu yang dipercayai beroperasi sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama anggota JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menyerbu pusat hiburan itu jam 11 malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, penyelia premis lelaki bersama 26 warga asing iaitu seorang lelaki warga Bangladesh, 10 lelaki warga China, tujuh wanita warga China, enam wanita warga Vietnam, wanita warga Korea dan wanita warga Thailand ditahan dalam serbuan itu.
Menurutnya, dalam serbuan itu juga, 66 pelanggan tempatan terdiri daripada 44 lelaki dan 22 wanita dikompaun RM1,000 kerana ingkar arahan PKPB.
"Wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan khidmat pelanggan (GRO) dari luar datang bersama pelanggan untuk berhibur.
"Premis ini dipercayai beroperasi sejak PKPB secara tersembunyi dan hanya pelanggan dipercayai sahaja dibenarkan masuk," katanya.
Nik Ros berkata, pelanggan yang ditahan akan dikenakan kompaun kerana melanggar PKPB.
Nik Ros berkata, polis merampas peralatan pusat hiburan, botol minuman keras, resit dan wang tunai RM268.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) (2020)," katanya.
Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 32 Akta Eksais 1976, Seksyen 4 (1) (b) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan dan Seksyen39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Hibur Hibur Sikit: Album 1
- H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS
- H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.
- H2S Pilihan: 03 -Ebiet G Ade (Sentuh Kulit Perempuan)
- H2S Pilihan: 04 -Nasheed Pakistan
- H2S Pilihan: 05 -Lagu Klasik Melayu Lucah, Bunuh &...
- H2S Pilihan: 06 -Beautiful Japanese Islamik Nasheed.
- H2S Pilihan: 07 -To'ki Hadapi Dengan Senyuman.
- H2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China&Kung Fu...
- H2S Pilihan: 09 -Mengurat, Malaya/S'pura, Indo/T.L...
- H2S Pilihan: 10 -Russian Nasheed&Cecen
3 comments:
Mungkin kerana walaq dengan kepimpinan agama, tiada ahli pas yg terlibat dengan gejala ini. Fahaman liberal dan kufur punca mencari keseronokan dengan ibadah di kelab malam sambil minum arak dan bercanda.
Kita ucapkan tahniah dan syabas kepada PDRM kerana bertindak tegas terhadap pusat hiburan yang telah melanggar SOP covid-19.
Hanya Rahmatan Alamin blh settle
dgn Abg Besar
Post a Comment